Cara Mengesan Gangguan Jin Dalam Tubuh Anak

Gangguan Jin Pada Anak

Untuk membendung gangguan jin pada anak, cegahlah dengan anak-anak supaya tidak keluar pada waktu matahari tenggelam, dan tutuplah pintu dan jendela rumah kerana pada waktu itu syaitan sedang tersebar di merata-rata. Tutuplah makanan dan minuman agar syaitan tidak makan dan minum bersama kita.

Rasulullah SAW bersabda :

“Apabila matahari menjelang terbenam, cegahlah anakmu keluar dari rumah, kerana waktu itu syaitan sedang menyebar. Apabila sudah agak petang, mereka boleh keluar. Tutuplah pintu dan bacalah bismillah, kerana syaitan tidak boleh membuka pintu yang tertutup.” (HR. Al-Bukhori 4/155)

Apabila anak diajak keluar, hendaknya si ibu atau bapanya membaca doa untuk dirinya dan anaknya :

“Dengan menyebut nama Allah SWT, aku bertawakal kepada Allah SWT. Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah SWT”

Tanda Gangguan Sewaktu Tidur

  • Bermimpi berbicara dengan orang yang mati dan semua mimpi yg berhubungan dengan hal kematian.
  • Mimpi melihat suatu peristiwa dan keesokan harinya mengalami peristiwa sama seperti yang dialami dalam mimpi tersebut.
  • Keadaan anak sukar tidur, kegelisahan, cemas dan sering tersedar di waktu tengah malam. Keadaan ini berlaku kerap dan berulang-ulang.
  • Rasa sukar untuk bangun tidur.
  • Bermimpi seakan-akan dihimpit dengan benda keras dan mimpi yang menakutkan.
  • Bermimpi melihat berbagai binatang berbisa seperti ular, anjing, tikus besar, serigala, harimau dan lain-lain.
  • Kerap mengigau, tertawa, merintih ketika tidur. Malah ada yang berjalan-jalan ketika mata terpejam.
  • Bermimpi anda terjatuh dari tempat yang tinggi.
  • Bermimpi tentang perkuburan, melihat proses pengkebumian atau bermimpi berada ditempat yang menyeramkan.
  • Bermimpi melihat orang yang memiliki badan yang aneh seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
  • Bermimpi bertemu dengan orang yang sama berkali-kali.
  • Bermimpi tentang bertemu sanak saudara yang sudah meninggal dunia, melihat mayat, mimpi tentang kematian.

Cara Mengesan Gangguan Jin Pada Anak

  • Amalan ini perlu dilakukan ketika anak sedang tidur.
  1. Pengamal mestilah mengambil wuduk terlebih dahulu.
  2. Letakkan tangan anda pada bahagian kepala atau dahi anak yang ingin dirawati.
  3. Kemudian, bacakanlah surah Al-Fatihah (1 kali), Ayat Kursi (7 kali), surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas (3 kali)
  4. Perhatikan pada bahagian tangan dan kaki anak anda. Jika terdapat pergerakan pada tangan dan kaki anak anda, ia berkemungkinan mendapat gangguan jin.

Cara merawatnya adalah seperti berikut :

    1. Azankan sebanyak 7 kali ke arah telinga anak atau
    2. Memandikan anak anda dengan air bacaan surah Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surat empat Qul
Loading...

Tags: #Cara Mengesan Gangguan Jin Dalam Tubuh Anak #Cara Mengesan Gangguan Jin Pada Anak #Cara merawat gangguan jin #Gangguan Jin Dalam Tubuh #Tanda Gangguan jin Sewaktu Tidur

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.