Aliran fesyen muslimah terutamanya tudung atau hijab semakin berkembang seiring permintaan dan gaya hidup masa kini.
Dari ringkas sehingga mewah, tudung-tudung hari ini dihasilkan dengan pelbagai rekaan, gaya dan warna mengikut citarasa pengguna.
Wanita! Sebelum membeli tudung, anda diingatkan untuk mengenali dan mengetahui fabrik-fabrik yang digunakan dalam perbuatan tudung berserta kebaikan dan keburukannya.
Terdapat beberapa ciri-ciri fabrik yang sangat sesuai dijadikan sebagai tudung. Antaranya ialah :
- Tidak panas dan mempunyai pengudaraan yang baik (breathable)
- Mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh dengan baik
- Tidak terlalu ringan mahupun terlalu berat apabila memakainya
- Tidak terlalu jarang sehingga mendedahkan aurat
- Mudah dicuci menggunakan tangan atau mesin basuh
- Tidak mudah berkedut apabila digunakan mahupun disimpan
Ciri-ciri di atas mungkin tidak dapat dipenuhi oleh sesuatu fabrik. Namun setiap fabrik mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Nah, ini 6 jenis fabrik tudung yang perlu anda ketahui! Take a look!
1. Sifon
Kain jenis Sifon diperbuat daripada sutera, kapas dan serat sintetik dimana bertekstur nipis dan licin.
- Kebaikan
Boleh dipakai untuk acara semi formal dan rasmi kerana ianya memberikan gambaran keanggunan pada penampilan seseorang.
- Kekurangan
Tudung atau hijab jenis sifon sangat panas dan licin apabila digunakan. Oleh itu, pakailah anak tudung atau inner sebelum mengenakan tudung agar lebih selesa dan tidak serabut apabila memakainya.
2. Sutera
Fabrik Sutera menjadi pilihan dan signatur buat pengusaha untuk menghasilkan hijab atau scarf.
- Kebaikan
Selain materialnya sejuk dan lembut, hijab jenis sutera menghasilkan kesan
mewah dan elegan buat si pemakai.
- Keburukan
Sayangnya, hijab jenis sutera memerlukan penjagaan khusus untuk tahan lama supaya tidak kusut dan hilang warna asli. Malah, harga bagi tudung sutera agak mahal di pasaran berbanding tudung yang lain.
3. Cotton
Selain baju, seluar dan skirt, tudung berasaskan fabrik Cotton atau kapas ini sangat digemari dan ‘laku keras’ di pasaran. Sama ada tua atau muda, tudung jenis ini sesuai dipakai tanpa mengira usia anda.
- Kebaikan
Menariknya tentang fabrik cotton adalah anda akan tetap rasa selesa meskipun cuaca panas serta cepat menyerap peluh. Bahkan, kain cotton tidak mudah pudar dan kusut walaupun dipakai banyak kali.
- Keburukan
Untuk info, fabrik cotton sangat tebal dan mengambil banyak masa untuk kering.
4. Jersi
Sama ada wanita atau lelaki, mesti anda sangat familiar dengan fabrik jenis ini. Kain jersi diperbuat daripada cotton stretch yang licin, tebal, tidak transparent dan memberi kesan ‘kejatuhan’ apabila dipakai.
- Kebaikan
Tudung yang dihasilkan daripada fabrik jersi sangat sesuai buat anda yang mempunyai wajah kecil kerana boleh membuatkan ilusi wajah menjadi lebih berisi.
- Keburukan
Fabrik jenis jersi senang rosak apabila diseterika.
5. Spandex/Lycra
Tudung dari fabrik Spandex memberikan rupa yang berkilat atau bersinar apabila digunakan. Tekstur anjalnya membolehkan anda memodifikasikan pelbagai gaya hijab pilihan.
- Kebaikan
Sangat bagus dan sesuai buat anda yang mempunyai banyak aktiviti kerana keupayaannya menyerap keringat.
- Keburukan
Sama seperti kain sutera, tudung fabrik spandex juga sedikit mahal di pasaran hijab. Jika tersalah cucian, fabriknya akan menjadi semakin nipis.
6. Rayon
Bagi yang sukakan gaya kasual, tudung yang diperbuat dari kain Rayon wajib dimiliki segera oleh anda!
- Kebaikan
Tudung jenis Rayon tidak panas dan selesa untuk dipakai kemana-mana sahaja.
- Keburukan
Malangnya, kain Rayon mudah kusut dan cepat pudar jika tidak dijaga dengan baik. Dek kerana cepat menyerap peluh, fabrik Rayon boleh menimbulkan bau yang kurang menyenangkan buat si pemakai.
Tags: #Jenis Fabrik Hijab #Jenis Kain Buat Tudung #jenis kain yang sesuai untuk buat tudung bawal #jenis-jenis fabrik tudung #Jom Kenali Jenis Kain Untuk Buat Tudung #Jubah atau Dress Tips Memilih Jenis Kain Tudung #kelebihan dan kekurang jenis fabrik tudung #Kenali Fabrik Pembuatan Tudung #Kenali Fabrik Sebelum Membeli Tudung #Shawl #tips membeli tudung online #tips memilih fabrik berkualiti untuk tudung #Tips Mudah Memilih Tudung Yang Sesuai