Apakah sebab dan punca berlakunya sembelit? Sebelum mengetahui tips untuk mengelak dan merawat, ketahui beberapa punca biasa berlaku sembelit bagi orang dewasa. Anda boleh elak dan atasi sembelit dengan mudah hanya dengan mengatasi punca- punca sembelit ini:
Punca Sembelit
- Diet tak sihat – Punca dari makanan yang tinggi lemak haiwan, susu, gula dan kurang serat.
- Tidak cukup air – Kurang minum air kosong atau dehidrasi akan menyebabkan sembelit.
- Angin dalam badan – Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut. Cuba berurut dengan pakar dan mereka yang mahir.
- Kafein Dan Alkohol – Akan menyebabkan kerap kencing dan kekurangan air dalam perut.
- Selalu Menahan Buang Air Besar – Bila diamalkan bertahun- tahun, anda mungkin akan kurang merasa ingin membuang air besar. Ini membantu untuk masalah sembelit berlaku.
- Kurang cecair dalam badan – Kurang fiber dan cairan dalam badan adalah faktor paling utama dan paling mudah untuk diselesaikan.
Cara Mengelak Sembelit
- Minum Air Kosong Dengan Banyak
Cuba amalkan 2 liter (8-10 gelas) air sehari untuk pencernaan yang lebih baik. Air yang melalui perut akan membantu melebutkan struktur najis yang mengatasi sembelit. Pastikan minum lebih daripada 8 gelas air sehari. Elakkan mengambil minuman berkaffein. Minuman yang mempunyai kaffein menyebabkan dehidrasi mudah berlaku. Keadaan ini akan menerukkan lagi sembelit.
- Ambil Serat
Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat dalam buah-buahan, sayuran dan tumbuh-tumbuhan. Pilih buah yang ada kadar serat yang tinggi seperti buah pear, epal, strawberi, kurma dan kismis. Sebiji epal saiz sederhana mengandungi 4.4 gram serat. Amalkan buah- buahan ini untuk membantu anda lawas.
- Makanan Lemak Berkhasiat
Makan lemak yang berkhasiat yang terkandung dalam makanan seperti avocado, ikan sardin, ikan kembung, minyak zaitun, ikan kurau, mentega dan kekacang.
- Banyakkan Pergerakan Fizikal
Lakukan senaman dan regangan badan. Senaman meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan.
- Buang Air Besar Setiap Hari
Ia adalah cara sebaiknya untuk mengeluarkan toksin, benda kotor dan hormon yang rosak dalam badan. Jika tidak, anda terdedah pada pelbagai masalah seperti kurang oksigen dalam darah akibat terlalu banyak toksin.
- Makan Herba Dan Rempah
Masukkan herba dan rempah-ratus dalam hidangan anda seperti halia, kunyit, cili merah, ketumbar dan jintan manis. Kebanyakan herba dan rempah-ratus ini memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang berkumpul pada hati, buah pinggang, perut dan limpa.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Mengalami Sembelit?
- Jus Lemon
Asid sitrik di dalam jus lemon sangat bagus untuk sistem penghadaman. Jus lemon juga membantu membuang toksin di dalam badan. Setiap hari amalkan perahan jus lemon yang dicampurkan dengan air suam. Bukan sahaja dapat merawat sembelit tapi dapat membantu anda detoks.
- Cuka Epal
Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan
- Minyak Zaitun
Minyak zaitun membantu merangsang sistem penghadaman. Kalau selalu amalkan boleh mencegah sembelit. Minum 1 sudu besar minyak zaitun setiap pagi. Paling bagus ambil ketika perut kosong.
- Lakukan Senaman Ringan
Berjalan-jalan selama 20 minit sehari sangat bagus untuk sistem penghadaman. Senaman ringan atau berjalan-jalan dapat meningkatkan pergerakan usus sekaligus dapat merawat dan mencegah sembelit
- Tingkatkan Pengambilan Fiber Dalam Diet Seharian
Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Antara buah-buahan yang sangat berkesan untuk mengatasi sembelit seperti betik dan prune. Prune mengandungi sorbitol yang boleh melembutkan najis.
- Guna Tandas Cangkung
Tandas cangkung adalah lebih bagus dari tandas duduk untuk mereka yang selalu mengalami masalah sembelit. Postur yang betul ketika membuang air adalah sebagai mana kedudukan badan bila menggunakan tandas cangkung.
Tags: #cara mengelak sembelit #cara merawat sembelit #elak penyakit buasir #elak sembelit #Punca dan Cara Mengatasi Sembelit #punca sembelit #punca sembelit dan cara mengatasinya #Sebab Mengapa Anda Kerap Sembelit dan Cara Mengatasinya #sembelit #sukar buang air besar #ubat sembelit tradisional