Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda

Kelawar Dalam Bumbung

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung.

Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia.

Pernahkah rumah anda dimasuki kelawar melalui celahan bumbung atau bahagian atap?

Pastinya ia cukup mengganggu dengan bunyi bisingnya lebih-lebih lagi najis yang menyebabkan bau yang tidak selesa dan mengotorkan bahagian loteng rumah anda.

Jika pernah, bagaimanakah cara untuk menghalau atau menghalang kelawar dari memasuki loteng rumah?

Berikut merupakan cara-caranya :

  • Gunakan jaring
    Untuk menghalang kelawar dari memasuki bahagian bumbung, pasangkan jaring untuk menutup lubang di bahagian salur atap. Cara ini lebih menjimatkan kos berbanding anda menggunakan perkhidmatan pest control.
  • Gunakan atap transparent
    Atap transparent atau atap jernih membolehkan cahaya matahari memasuki bahagian loteng. Kelawar tidak suka pada cahaya dan keadaan cerah.
  • Pasang lampu pendaflour
    Pasangkan lampu pendaflour atau lampu kalimantang pada bahagian siling, luar atap tempat kelawar memasuki rumah. Ternyata cara ini dapat menghalang kelawar dari memasuki atap dan tinggal dalam loteng rumah anda kerana kelawar tidak sukakan cahaya.
  • Ubat gegat
    Letakkan ubat gegat atau semburkan ubat nyamuk untuk menghalau kelawar. Cara ini berkesan untuk beberapa bulan namun praktikal dan menjimatkan kos.
  • Letakkan benda berduri
    Bahagian pokok yang berduri seperti pokok bunga kertas, dahan pokok salak dan sebagainya boleh diletakkan di bahagian atap dan laluannya. Kelawar tidak suka pada benda berduri kerana akan terluka apabila mengenai sayapnya.
  • Daun durian belanda
    Ini merupakan petua orang dahulu. Gunakan dahan durian belanda yang mempunyai daun, letakkan pada bahagian bumbung rumah. Kelawar akan tidak lagi memasuki rumah anda dan beransur untuk meninggalkan loteng. Sangat berkesan untuk menghalau kelawar.

Peralatan Menghalang Kemasukan Kelawar Di Pasaran

Selain daripada kaedah di atas, terdapat juga cara lain untuk menghalang kemasukan haiwan seperti kelawar, burung dan musang daripada memasuki bumbung rumah anda.

Cara pemasangannya adalah sangat simple dan tidak memerlukan tenaga pakar yang mahir. Kebiasaannya peralatan ini sering dipasang sebagai aksesori tambahan pada rumah banglo yang mempunyai jenis atap bata monier.

Terdapat dua jenis dipasaran seperti gambar di bawah ;

alat-halang-kelawar-300x300 Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda halang-kelawar-300x300 Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Andacara-pasang-alat-halang-haiwan-masuk-300x300 Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Andaalat-halang-kelawar-burung-300x300 Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Mengatasi Masalah Kelawar Dari Memasuki Bumbung Rumah Anda

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #cara halang kelawar memasuki bumbung rumah #cara halau kelawar memasuki rumah #cara tutup lubang atap #halau kelawar rumah cara jimat #Peralatan Menghalang Kemasukan Kelawar Yang Terdapat Di Pasaran #perangkap kelawar

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.