Cara Mengatasi Bulu Hidung Memanjang & Kesannya Terhadap Penampilan Anda!

Masalah Bulu Hidung Panjang

Bulu halus yang tumbuh di hidung memang sangat penting dalam proses pernafasan. Selain itu bulu – bulu hidung tersebut berperanan untuk menapis kotoran dari udara yang kita hirup.

Namun kadang-kadang bulu hidung ini tumbuh lebih panjang dari sepatutnya.

Bulu hidung panjang boleh menjadi masalah pada sebahagian kecil wanita dan lelaki remaja. Apabila dibiarkan tentu sahaja mengganggu penampilan.

Sebelum anda mencari jalan penyelesaian bagi bulu hidung yang panjang dan keluar dari lubang hidung, tahukah anda apakah hukumnya mencabut bulu hidung dalam Islam?

Hukum Mencabut Bulu Hidung Menurut Islam

Dalam Al-Fiqh ‘Ala Madzahibi Al-Arba’ah Juz 2 Hal 43-44 diterangkan tentang Undang-undang Menghilangkan Bulu Dan Menggunting Kuku:

Asy-syafi’iyyah : Dimakruhkan mencabut bulu hidung, akan tetapi disunatkan mengguntingnya jika dirasa panjang, dan biarkan tetap ada kerana keberadaannya mempunyai manfaat kesihatan (sebagai “penapis udara”).

Hanafiyyah : Adapun mencukur bulu yang tumbuh di punggung dan di dada, hukumnya khilaful adab/menyalahi adab.

Malikiyyah: Diperbolehkan mencukur seluruh bulu yang tumbuh di badan seperti bulu dada dan bulu di kedua-dua tangan, bulu di punggung dan bulu di sekitar anus.

Cara Mengatasi Bulu Hidung Yang Memanjang

Mengatasi bulu hidung terkeluar  ternyata cukup mudah jika kita tahu caranya.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan, namun anda perlu berhati-hati kerana hidung cukup sensitif. Kecuaian boleh mencetuskan pendarahan hingga jangkitan.

Berikut adalah cara mengatasi bulu hidung yang panjang;

  • Memotong bulu hidung
    Boleh dilakukan dengan gunting atau boleh dilakukan dengan menggunakan alat pemotong kuku. Gunakan gunting yang benar-benar bersih agar tidak ada kuman atau bakteria yang masuk ke dalam lubang hidung. Ketika melakukan pemotongan, anda perlu memilih bulu hidung yang sudah terkeluar dari kawasan hidung. Pemotongan juga harus dilakukan dengan hati-hati agar tidak melukai hidung. Kelemahan dari cara ini iaitu bulu hidung akan cepat panjang serta akan tumbuh lebih lebat daripada sebelumnya. Jadi, anda perlu rajin dalam memotong bulu hidung anda agar tidak tumbuh keluar lagi hingga melebihi batas normal.
  • Mencabut bulu hidung
    Cara ini ternyata tidak dibenarkan kerana boleh membahayakan. Mencabut bulu hidung akan membuat anda merasakan sakit bahkan yang lebih berbahaya lagi. Cara ini juga boleh membuat hidung anda menjadi terluka bahkan boleh berlaku jangkitan pada luka. Pastinya, cara ini perlu anda elakkan. Lebih baik anda memotongnya daripada harus mencabutnya.
  • Melakukan waxing pada bulu hidung
    Cara melakukannya sangat mudah, bahkan hanya memerlukan masa 90 saat untuk melakukannya. Cara ini merupakan cara yang berkesan untuk mengatasi bulu hidung yang keluar hingga melebihi batas normal. Waxing bulu hidung tidaklah sakit seperti waxing bulu kaki dan ketiak. Anda tidak akan merasakan sakit jika menggunakan waxing bulu hidung.

Bahaya Mencabut Bulu Hidung

Mencabut bulu hidung boleh menyebabkan perkara seperti berikut :

  • Pendarahan Ringan
    Apabila anda mencabut bulu hidung secara paksa, ia boleh menyebabkan pendarahan ringan. Darah boleh keluar dan menyebabkan membuat rasa pedih dan tidak selesa pada hidung. Anda mungkin juga akan berasa tidak selesa ketika menyentuh hidung pada bahagian luar kerana akan ada rasa sakit seperti tertusuk. Pendarahan ringan memang boleh berhenti tanpa rawatan tapi boleh meninggalkan rasa sakit dan kering pada bekas bulu hidung yang dicabut.
  • Jerawat Hidung
    Kebiasaan mencabut bulu hidung juga boleh menyebabkan jerawat kecil yang tumbuh di bahagian dalam hidung. Keadaan ini berlaku apabila ada kuman atau bakteria yang masuk dari tangan secara langsung ke bahagian lapisan hidung. Jerawat kecil boleh tumbuh sehingga menyebabkan anda merasa sangat tidak selesa.
  • Jangkitan
    Mencabut bulu hidung juga boleh menyebabkan jangkitan. Pendarahan ringan yang terjadi pada hidung telah membuka ruang kecil pada bahagian hidung. Keadaan ini boleh membuat bakteria dan kuman yang berasal dari tangan anda atau udara boleh masuk ke ruang kecil tersebut. Akibatnya ia boleh membuat bakteria atau kuman masuk ke bahagian tersebut dan bergerak ke bahagian tubuh yang lain. Bakteria yang berkembang mungkin tidak hanya tersebar di sekitar hidung dan rongga hidung tetapi juga bahagian lain melalui pembuluh darah. Jadi risiko jangkitan ini boleh juga menyerang  bahagian tubuh yang lain.
  • Infeksi Otak
    Mencabut bulu hidung boleh menyebabkan jangkitan otak yang kronik.Keadaan ini terjadi ketika ada bakteria yang berhubung pada otak dari pembuluh darah. Jangkitan boleh menyerang otak dan membuat bakteria berkembang ke bahagian tersebut. Kesan terbesar dari jangkitan otak jika tidak mendapat rawatan yang tepat boleh membawa kepada kematian.
  • Hidung Berdarah
    Mencabut dengan kuat bulu hidung boleh menyebabkan hidung berdarah. Hal ini terjadi ketika mencabut bulu hidung dan terkena sumber saluran darah pada bahagian dalam hidung. Luka dan hidung berdarah boleh membuat darah mengalir dari hidung.
  • Perforasi Septum
    Kerosakan pada bahagian lubang hidung boleh menyebabkan anda merasa tidak selesa. Kerosakan ini lebih sering disebut dengan istilah perforasi septum. Bahagian bekas bulu hidung boleh mengalami luka, bisul kecil atau kerak kerana lendir yang sukar untuk dihilangkan. Perforasi septum biasanya sering ditandai dengan hidung berdarah.
Loading...

Tags: #atasi bulu hidung terkeluar #bahaya mencabut bulu hidung #cara mengatasi bulu hidung terkeluar #cara menghilangkan bulu hidung secara permanen #hukum cabut bulu hidung #hukum mencabut bulu hidung #Hukum Mencabut Bulu Hidung Menurut Islam #memotong bulu hidung #risiko mencabut bulu hidung #waxing bulu hidung

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Comments are closed.