Cara Mendaftar Online Kemasukan Murid Tahun Satu Ambilan 2019/2020

Cara Mendaftar Online Kemasukan Murid Tahun Satu

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftar anak ke sekolah rendah kerajaan tahun 2019 dan 2020, permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1) di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia ambilan 2019 dan 2020 akan dibuka secara online. Permohonan online akan dibuka pada 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) untuk sekolah di Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :

  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019)
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan secara online menggunakan applikasi SPATKPM.

  • Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
  • Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018
  • Untuk mendaftar permohonan, klik link ke portal pendaftaran : https://public.moe.gov.my/
  • Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU

daftar-murid-tahun-satu-online Cara Mendaftar Online Kemasukan Murid Tahun Satu Ambilan 2019/2020

Tindakan/ Langkah Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :

  • Mencetak bukti permohonan.
  • Seterusnya selepas tempoh 14 hari permohonan, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.
  • Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2018.

Dokumen Diperlukan

Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  • Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan).
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa).
  • Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan).
  • Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal.
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon).
  • Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan).

Semakan Keputusan

Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Julai / Ogos 2018 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.

Loading...

Tags: #anak masuk sekolah #bagaimana nak daftar online anak tahun 1 #cara daftar anak sekolah #cara daftar online murid darjah satu 2019 2020 #Cara mendaftar online kemasukan murid tahun satu #daftar darjah satu #daftar sekolah anak #panduan daftar anak ke darjah satu online #panduan daftar murid darjah satu online #pendaftaran online murid darjah satu #sekolah rendah #tarikh tutup pendaftaran online murid darjah satu 2019

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Leave a reply "Cara Mendaftar Online Kemasukan Murid Tahun Satu Ambilan 2019/2020"