Cara Mendaftar Nama Anak Yang Baru Lahir Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Cara Mendaftar Nama Anak Yang Baru Lahir Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran. Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, kerajaan mengambil keputusan semua kelahiran mesti didaftar dalam tempoh 60 hari, sama ada anak sah taraf atau luar nikah. Berkuatkuasa pada Oktober 2017,  ibu bapa yang lewat mendaftar kelahiran anak akan dikenakan denda sebanyak RM1,000 berbanding RM50 sebelum ini. Denda ini ditetapkan untuk menggalakkan ibu bapa supaya mendaftarkan kelahiran anak mereka dengan cepat dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara Mendaftar Nama Anak Yang Baru Lahir

Bagi pasangan yang baru pertama kali menimang cahaya mata, anda mungkin tertanya-tanya apa yang patut dilakukan untuk mendaftar kelahiran bayi. Berikut adalah cara untuk mendaftar anak yang baru lahir di Jabatan Pendaftaran Negara.

Syarat permohonan

Buat pengetahuan semua ibu bapa, setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia hendaklah didaftarkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Sebelum ini, tempoh pendaftaran mesti dibuat dalam tempoh 42 hari. Pemohonan pendaftaran kelahiran boleh dibuat oleh individu berikut:

  • Ibu atau bapa kanak-kanak;
  • Penjaga kanak-kanak yang sah;
  • Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak;
  • Ibu dan bapa kanak-kanak (bagi pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf)

Dokumen yang diperlukan

Pemohon yang ingin mendaftar kelahiran anak dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  1. Dokumen Bayi (Salinan Dan Asal)
  • Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang diisi dengan lengkap
  • Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Akuan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah
  • Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung)
  1. Dokumen Ibu Bapa (Salinan Dan Asal)
  • Kad Pengenalan / Pasport ibu dan bapa kanak-kanak
  • Sijil Kematian ibu dan bapa kanak-kanak (jika berkaitan)
  • Sijil Perkahwinan atau Perceraian
  1. Dokumen Pemaklum / Wakil Ibu Bapa (Salinan Dan Asal)
  • Kad Pengenalan / Pasport

Bayaran pendaftaran

Tiada bayaran dikenakan bagi ibu bapa yang mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.

Pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memproses pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf seperti biasa sehingga selesai proses rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak berkenaan didaftarkan dengan bin/binti nama bapa sendiri.

Menurut laman web Jabatan Pendaftaran Negara, maklumat bapa bagi kanak-kanak yang lahir di luar perkahwinan tidak akan dicatatkan dalam daftar kelahiran, kecuali dengan permohonan bersama oleh ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kanak-kanak tersebut.

Seseorang yang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak tersebut perlu menandatangani daftar kelahiran bersama-sama  dengan ibu kanak-kanak.

Cara mendapatkan MyKid

Bila sijil kelahiran sudah dikeluarkan, pemohon boleh terus memohon MyKid di pejabat JPN. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:

  • Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
  • Dokumen pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)

Pada masa sekarang, proses penyediaan MyKid sangat pantas sehingga anda boleh mendapatkan MyKid anak anda pada hari yang sama mendaftar!

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Mendaftar Nama Anak Yang Baru Lahir Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #bagaimana daftar bayi baru lahir di JPN #cara buat MyKid di JPN #cara daftar anak tak sah taraf #Cara daftar kelahiran 2018 #cara mendaftar kelahiran di JPN #cara pendaftaran anak baru lahir #daftar mykid #denda lewat daftar anak baru lahir #dokumen untuk daftar anak baru lahir di JPN #mykid #panduan daftar anak baru lahir #tempoh daftar anak baru lahir

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Mendaftar Nama Anak Yang Baru Lahir Di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)"