Cara Menangani Suami Panas Baran. Tips Rumah Tangga Bahagia!

Cara Menangani Suami Panas Baran. Tips Rumah Tangga Bahagia!

Ketika sepasang lelaki dan wanita berkahwin, mereka menganggap bahawa perkahwinan adalah jalan untuk menyatukan dua insan berbeza. Perkahwinan adalah satu tahap hubungan yang paling rumit dari semua jenis hubungan, namun dari sudut lain perkahwinan juga merupakan hubungan yang saling melengkapi satu sama lain.

Tapi bagaimana jika anda menikahi suami yang mempunyai sifat panas baran dan cepat marah? Ramai wanita beranggapan bahawa sifat panas baran suami akan hilang selepas bernikah. Kenyataan yang sebenarnya, kebanyakkan orang akan terbawa-bawa sifat panas baran ini sehingga ke alam rumah tangga.

Cara Menangani Suami Panas Baran Dan Suka Marah-marah

Seringkali banyak yang kita dengar suami sering marah-marah tanpa sebab yang jelas. Oleh itu,  bagaimanakah caranya menangani suami cepat marah serta panas baran yang anda cintai itu? Berikut adalah beberapa tips dan amalan yang boleh diamalkan oleh para isteri.

  • Berdoalah untuk suami anda. Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah. Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin.
  • Berhenti merajuk. Jangan sesekali untuk terus merajuk jika mempunyai suami yang panas baran. Segala impian anda untuk mendapat pujukan romantik hanya tinggal impian dan anganan sahaja. Rajukan adalah suatu perkara yang sangat menjengkelkan bagi suami panas baran. Ada kalanya memang  wanita sangat ingin dimanja, tetapi lelaki jenis macam ini akan sangat jengkel dan mudah emosi jika melihat anda merajuk.
  • Tunjukkan sikap bahawa anda adalah seorang yang kuat. Cuba cari waktu yang sesuai untuk bermanja-manja dengannya. Mungkin anda boleh bertanya pada dirinya bagaimana pelakuan anda yang disukainya.
  • Berdialog dengan lemah-lembut akan membuat si dia bahagia dan merasa dihormati sebagai pemimpin keluarga.
  • Berfikiran positif. Apabila si suami mulai marah tanpa alasan dan mulai meleret ke arah ke perkara-perkara yang tidak berkaitan, maka berhati-hatilah. Ini akan menyebabkan  anda akan terpancing untuk naik angin pula. Namun, tetaplah berfikiran positif. Dia memerlukan waktu untuk berfikir. Dia memang harus belajar mengendalikan emosinya, namun emosi tidak boleh dibalas dengan emosi.
  • Dekati dia dan belai dengan sentuhan lembut tangan anda ketika emosi dia mulai naik. Tunjukkan bahawa anda mengerti dan memahaminya.
  • Jangan balas dengan cercaan pertanyaan dan nada yang meninggi pula. Sentuhan fizikal, akan membantunya merasa lebih tenang.
  • Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keagamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri. Dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan agama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hamba-Nya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hamba-Nya.
  • Luangkan waktu bersama. Susun kegiatan bersama yang menyenangkan setiap minggu. Bukan hanya santai bersama yang akan menjadi rutin, namun sebuah saat di mana waktu bersama adalah yang paling penting di dalamnya. Semakin dekat anda dan dia, semakin mudah pula memahami dan menyelami perasaannya.
  • Kunci yang harus selalu dipegang adalah kesabaran.
  • Bagi pihak isteri juga, perlulah melakukan muhasabah diri. Contohnya mengkaji sama ada waktu anda mengajukan cadangan untuk berbincang itu sesuai atau tidak. Orang lelaki biasanya ada anginnya yang tersendiri terutamanya tidak mahu diganggu ketika sedang sibuk dengan sesuatu, dan biasanya apabila anda bertanyakan sesuatu ketika dia lapar, mengantuk, bersedih, penat atau tertekan akan membangkitkan kemarahannya.

Doa dan Zikir

  • Untuk melembutkan hati suami, Baca surah Taha, ayat 1-8 dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.

“Ya Allah lembutkanlah hati suamiku (sebut nama)… sebagaimana Engkau lembutkan besi di tangan Nabi Daud” 

  • Ketika memasak, basahkan lidah dengan zikir ‘Ya Latif’ sebanyak 129 kali diikuti Surah As-Syura, ayat 19 bermaksud:

“Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 

  • Perbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
  • Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri, jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa dalam hati dengan ayat Surah Al-Baqarah ayat 250, Surah Ali Imran ayat 200, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.
  • Bila suami naik berang, bacalah ayat ini : Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud :

“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.” 

  • Cubalah membaca ruqyah dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ semasa barannya muncul. Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yang membakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Maksud ayat :

“Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya!”

  • Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami, bolehlah mencuba bacaan ruqyah dari Surah al-Naml, ayat 30:

“Sesungguhnya (perutusan itu) dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ”

  • Satu lagi amalan baik untuk perlindungan keluarga, bacalah“Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi shay’un fil ardhi wa la fissama’ wa huwassami’ul alim.” Maksudnya :

“Dengan nama Allah yang terpelihara segala sesuatu dengan nama-Nya daripada apa-apa yang memudaratkan sama ada di bumi atau di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

 

Rujukan :

http://akuislam.com (2014)

https://muhdhazrie.wordpress.com (2010)

Loading...

Tags: #5 Tips Untuk TEGUR Suami Yang Panas Baran #amalan melembutkan dan mengatasi marah suami #Berdepan suami panas baran #Cara Dan Amalan Doa Menangani Suami Yang Cepat Marah Serta Panas Baran #cara mengatasi suami panas baran #doa melembutkan hati suami #doa mengatasi marah suami #Isteri Boleh Guna Cara Ini Rawat Suami Yang Panas Baran #lelaki Panas Baran #mengatasi Suami Panas Baran #Panas Baran #Panas Baran cara mengatasi #suami cepat marah #suami cepat melenting #suami panas baran #tips melembutkan hati suami #tips menangani suami cepat marah #zikir mengatasi panas baran suami

Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
Punca Badan Gemuk, Obesiti dan Berat Berlebihan
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh disebabkan oleh beberapa faktor kompleks, termasuk gabungan
Apabila Usia Tua : Apa Kegiatan Sesuai Untuk Anda?
Kita pasti akan menghadapi usia tua jika diberikan umur yang panjang. Berikut merupakan

Leave a reply "Cara Menangani Suami Panas Baran. Tips Rumah Tangga Bahagia!"