Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

Pokok Bunga Kertas atau Bougainvillea mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Pokok bunga ini berasal dari Amerika Selatan. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainvillea, seorang Komander Laut Perancis.

Terdapat tiga spesies utama Bougainvillea di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak lapis. Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna.

Untuk membiakkan pokok bunga kertas, terdapat dua cara yang digunakan iaitu melalui keratan batang dan cantuman baji. Berikut adalah cara dan panduan untuk menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang.

Menanam pokok bunga kertas secara keratan batang

Secara umumnya terdapat tiga jenis keratan batang iaitu:

  • Keratan kayu lembut
  • Keratan kayu sederhana keras
  • Keratan kayu keras

Boleh rujuk gambar di bawah.

jadual-Menanam-pokok-bunga-kertas-secara-keratan-batang Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

Berikut adalah cara keratan kayu keras.

  1. Potong bahagian berkayu. Pastikan pisau yang digunakan adalah tajam, sebaik-baiknya gunakan scateurs. Setelah potong buang semua pucuk dan ranting.

bunga-kertas-1 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Kemudian potong batang (bottom) secara 45 darjah atau secara serong.

bunga-kertas-tanam-2 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Isikan medium tanaman ke dalam pasu kecil.

bunga-kertas-keratan-3 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Celupkan bahagian yang telah dipotong tadi dengan hormon penggalak akar. Contohnya seradix. Selain menggunakan hormon penggalak akar, anda juga boleh menggunakan madu atau serbuk kayu manis.

bunga-kertas-hormon-4 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Cucukkan keratan yang ke dalam tanah lebih kurang 2 hingga 3 inci, di tengah-tengah pasu. Kemaskan tanah dengan tangan agar struktur tanah lebih kukuh.

penanaman-bunga-kertas-5 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Siramkan pasu dengan air.

cara-tanam-bunga-kertas-6 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Pada peringkat permulaan elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus. Siram secara konsisten. Pokok bunga kertas adalah tanaman yang tumbuh dengan perlahan. Maka, ia mengambi masa 6 hingga 12 minggu untuk akar mula tumbuh dengan baik.
  2. Selepas 4 bulan, inilah pokok bunga kertas yang ditanam dengan keratan batang.

daun-bunga-kertas-7 Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang

  1. Pindahkan pokok ke tempat yang memberi sinaran matahari terus untuk pembungaan yang maksimum dan baik selepas 3 hingga 4 bulan.
Loading...

Tags: #asal bunga kertas #bagaimana tanam bunga kertas #Bougainvillea di Malaysia #bouganvilla #bourgainvillea #bunga kertas #Bunga Kertas Anda Ingin Cepat Tumbuh #cara mananam bunga kertas #Cara Menanam Bunga Kertas Agar Cepat Tumbuh #Cara Menanam Bunga Kertas Bougenville dalam Pot #Cara menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang #jenis keratan batang #Keratan Batang bunga kertas #membiakkan bunga kertas #menanam bunga kertas #Panduan Cara Menanam Bunga Kertas Bergambar #panduan menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang #Pokok Bunga Kertas #teknik tanam bunga kertas #Tips Tanam dan Jaga Bunga Kertas #tutorial menanam pokok bunga kertas melalui keratan batang #variasi bunga kertas

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Menanam Pokok Bunga Kertas Melalui Keratan Batang"