Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat popular tidak hanya di desa malah ia menjadi buruan peminat Raja Buah ini. Apabila tiba musim durian, kebiasaan pada peringkat awal musim, harga buah durian menjadi sangat mahal dek permintaan dan variety durian yang pelbagai. Seperti sedia maklum, durian Musang King masih dinobatkan sebagai durian termahal di Malaysia.
Oleh kerana durian mempunyai rasa yang enak dan berkrim, maka tidak hairanlah ramai orang menyukai durian dan tak kurang juga sebaliknya. Isi yang warna kuning keemasan dan rasa lemak manisnya sedap dimakan terus selepas buahnya dikopek. Baunya juga begitu kuat sehingga menyusuk hidung.
Selain durian ini dinikmati secara mentah, durian juga boleh dipelbagaikan dalam masakan mahupun sebagai makanan eksostik masyarakat melayu dan yang paling popularnya ialah tempoyak.
Tempoyak ini adalah sejenis makanan yang popular di Malaysia dan Indonesia. Isi-isi durian yang diasingkan daripada biji dikumpul dan kemudiannya diperam selama tiga ke lima hari pada suhu bilik sebelum ianya boleh dinikmati.
Bagi mereka yang mempunyai kebun durian sendiri dan sumber buah durian yang banyak, tempoyak merupakan altenatif terakhir untuk mengatasi masalah ini dan mengelakkan buah durian membusuk. Selain itu, durian juga turut dijadikan lempuk durian.
Di Pantai Timur, tempoyak biasanya tidak dimakan bersama budu serta cili sebagai pelengkap juadah makan tengahari. Selain ia turut dijadikan bahan penambah aroma dalam masakan. Antara hidangan yang sering menjadi kegemaran ramai adalah ikan patin masak tempoyak cili padi atau sambal tempoyak.
Untuk menghasilkan tempoyak sendiri, caranya tidaklah sukar, malah jika menghasilkan sendiri tempoyak, ia lebih berkualiti dan selamat. Penghasilan tempoyak yang enak dan berkualiti adalah daripada buah durian yang segar dari ladang.
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Berikut merupakan cara menghasilkan tempoyak;
- Dapatkan isi durian yang elok dan segar dan asingkan bijinya. Untuk membuat tempoyak, guna isi durian yang masih elok. Elak menggunakan durian yang hampir buruk, busuk atau kurang sedap rasanya. Nanti tempoyak juga akan menjadi kurang sedap. Pilih isi durian yang sedikit lembik. Selalunya jenis durian kampung. Untuk tempoyak tahan lebih lama, asingkan isi daripada biji dan kumpulkan dalam penapis untuk keluarkan air durian.
- Masukkan isi durian tadi ke dalam bekas dan gaulkan dengan sekata isi durian tersebut.
- Masukkan sedikit garam halus secukup rasa, gaulkan kembali. Namun demikian, untuk hasilkan tempoyak asli, hanya isi durian sahaja. Tidak perlu ditambah apa-apa bahan lain seperti garam atau asam. Hanya isi durian sahaja yang diperam.
- Kemudian, masukkan isi durian tadi ke dalam bekas kaca atau balang yang kedap udara.
- Simpan adunan tadi ke dalam peti sejuk dan peramkan selama 48 jam – 72 jam. Ini bagi memastikan adunan tadi benar-benar ‘masak’. Jangan buka bekas sehingga ia benar-benar ‘masak’. Tempoyak yang lengkap prosesnya boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 1 tahun.
Bagi mereka yang gemarkan Sambal Tempoyak, anda boleh cuba resipi ini;
Cara membuat Sambal Tempoyak
Bahan bahan:
- Tempoyak asli
- Beberapa ulas cili padi (bergantung kepada hidangan)
- Garam secukup rasa
Cara cara:
- Tumbuk cili padi, masukkan sedikit garam dan tempoyak. Hidangan sedia untuk dimakan bersama ulam-ulaman.
Tags: #bentuk tempoyak #cara buat tempoyak #cara buat tempoyak cili padi #cara buat tempoyak pedas #cara buat tempoyak sarawak cara buat tempoyak kelantan #cara membuat tempoyak #durian #gambar tempoyak #isi durian #musang king #raja buah #resipi sambal tempoyak #rupa tempoyak #sambal tempoyak #tempoyak durian #Tempoyak Sedap
AdiSuhadi3 years ago
Ooo macam tu caranya buat tempoyak ni,terima kasih atas perkongsian ini.