Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ciri-ciri air ini selain menyumbang kepada suasana alam semula jadi, ia juga membuatkan suasana kediaman lebih sejuk. Sebuah taman air bersaiz kecil boleh ditambah dengan tumbuhan akuatik dan ikan hiasan agar kelihatan lebih harmoni.
Jika kita ingin membina sendiri sebuah kolam hiasan yang menjimatkan kos, binalah sesuatu bermula dengan saiz kecil dahulu. Walaupun kecil, mungkin ia bakal menjadi projek yang sangat menyeronokkan kepada anda. Untuk memastikan agar kolam hiasan ini sentiasa berfungsi dan terjaga rapi, penyenggaraan secara berkala harus anda lakukan secara berkala. Bagaimana cara membina kolam hiasan sendiri? Jom ikuti beberapa langkah mudah ini;
Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah
Bahan-bahan :
- Bata tanah liat (bata merah)
- Kanvas atau plastik liner hitam
- Batu sungai dengan saiz bersesuaian
- Simen
- Pasir ikat bata
- Pasir halus
- Submersible pam air elektrik
- Saluran getah paip
- Pokok hiasan
Cara membina kolam ikan :
- Tandakan kawasan kolam yang akan dibina, anda boleh gunakan spray putih atau kuning untuk menanda kawasan, keluasan kolam yang akan anda bina. Anda boleh merujuk gambar seperti di bawah ini.
- Mulakan kerja menggali di bahagian yang ditandakan. Kedalaman kolam disyorkan adalah 3 kaki dalam. Kedalaman juga bergantung kepada kehendak anda atau mengikut kesesuaian. Keluarkan segala bahan-bahan seperti batu, akar pokok atau sampah di dalam tempat yang anda gali tadi. Sebaiknya, pastikan dasar kolam yang anda gali adalah bebas bahan-bahan lain selain tanah. Anda boleh merujuk gambar seperti di bawah ini.
- Setelah selesai kerja menggali, masukkan pasir halus disekitar dalam dan kawasan dalam kolam yang telah anda bina. Lakukan kerja-kerja memadatkan pasir-pasir tadi dengan cara hentakan supaya pasir halus tadi betul-betul padat. Ketebalan pasir yang dimasukkan di dasar kolam adalah sekitar 2 inch ke atas. Ini memastikan dasar kolam adalah lembut dan kemas semasa kerja memasang plastik liner nanti. Anda boleh merujuk gambar seperti di bawah ini.
- Hamparkan plastik liner hitam di dalam kawasan kolam yang anda korek tadi. Bagi memastikan plastik liner tadi menyelaputi kawasan dasar kolam, masukkan air sehingga paras bersesuaian. Lakukan kerja memperbaiki susunan, lipatan plastik supaya sekata dan kemas. Anda boleh merujuk gambar seperti di bawah ini.
- Anda boleh juga mengambil bata merah tadi dan mulakan proses mengikat bata menggunakan campuran pasir ikat dan simen. Nisbah campuran adalah 1:5. Mulakan kerja mengikat bata disekeliling kolam tadi. Dalam kerja-kerja ini, kekemasan adalah penting! Lakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan plastik linen yang dipasang tadi. Tinggi tebing kolam bergantung kepada kehendak anda. Seeloknya, susunan bata adalah sebanyak 2 lapis hingga 3 lapis. Atau hanya menggunakan batu sungai sebagai asas tebing kolam. Selesai kerja mengikat bata, gunakan gunting dan potong lebihan plastik liner tadi. Anda boleh merujuk gambar seperti di bawah ini.
- Batu sungai anda boleh gunakan untuk membina air terjun di sebelah tepi kolam. Jangan lupa memasang salur paip yang bersesuaian dengan pam elektrik yang anda ada semasa membina air terjun tiruan tersebut. Anda boleh merujuk gambar seperti di bawah ini.
- Bagi melengkapkan fungsi air terjun tiruan, anda boleh menggunakan submersible pam. Gunakan pam yang bersesuaian dengan ketinggian aras air yang ingin disalurkan ke atas. Gambar pam seperti di bawah.
- Untuk nampak lebih cantik, gunakan pokok hiasan yang mempunyai warna hijau dengan bentuk daun yang pelbagai. Ia pasti menampakkan suasana kolam hiasan anda lebih menarik.
Tags: #belajar buat kolam hiasan #bina kolam ikan sendiri #cara bina kolam ikan #DIY kolam hiasan #idea buat kolam di rumah #idea kolam hiasan #kolam halaman rumah #kolam hiasan #Kolam Hiasan dan Landskap #kolam hiasan di rumah #kolam ikan hiasan #kolam ikan mini #kolam mini laman rumah #landskap kolam di rumah #landskap kolam ikan hiasan #teknik bina kolam si rumah