Memasak pulut kuning tidaklah rumit. Masa untuk memasak juga tidak memerlukan masa yang lama iaitu kurang dari 1 jam. Cuma anda perlu merendam beras pulut semalaman supaya pulut menjadi lembut apabila dikukus. Santan yang digunakan pula haruslah santan pekat yang segar untuk membangkitkan lemaknya.
Cara Memasak Pulut Kuning
Bahan-bahan :
- 5 cawan beras pulut
- Susu
- 2-3 sudu kecil serbuk kunyit
- 400ml cawan santan pekat
- 2-3 helai daun pandan
- Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan :
- Rendam beras pulut yang digaul bersama kunyit semalaman. Minimum 4 hingga 6 jam sehingga lembut.
- Toskan beras pulut seketika.
- Panaskan periuk pengukus, kukus beras pulut selama lebih kurang 30 hingga 45 minit atau sehingga masak.
- Pastikan anda kacau dan alihkan beras pulut di dalam periuk kukusan ketika 15 minit pertama dikukus tadi agar beras pulut masak dengan sekata.
- Masak santan pekat dengan api yang perlahan. Tambahkan air jika terlalu pekat.
- Tambahkan garam ke dalam santan dan pastikan anda kacau santan sambil memasak agar tidak pecah minyak.
- Setelah santan agak panas, padamkan api.
- Selepas itu, masukkan pulut yang telah masak tadi ke dalam bekas dan tuangkan santan ke atasnya. Pastikan santan meliputi seluruh pulut.
- Rehatkan seketika dalam 5 minit agar santan meresap ke dalam pulut.
- Kemudiannya gemburkan pulut sehingga sebati dan nampak seolah-olah berminyak. Pastikan tiada pulut yang berketul. Jika anada rasa kurang santan, boleh tambah lagi santan dan gemburkan sehingga sebati.
- Pastikan proses menggembur dilakukan semasa pulut dan santan masih panas.
- Pulut kuning siap untuk dimakan.
Tags: #bagaimana untuk memasak pulut kuning #cara memasak pulut kuning #kukus pulut kuning #masak pulut kuning #pulut kuning #pulut semangat #resepi pulut #resepi pulut kuning