Cara Memandikan Kucing Peliharaan Di Rumah

Cara Memandikan Kucing Peliharaan Di Rumah

Kucing perlu dimandikan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali supaya kucing anda berada pada keadaan bersih sepanjang masa. Memandikan kucing perlu dijadikan sebagai rutin dalam penjagaan haiwan kesayangan seperti kucing ini.

Cara Memandikan Kucing Peliharaan Di Rumah

Berikut merupakan tips dan panduan untuk memandikan kucing. Antaranya ialah :

  • Anda harus menggunakan air suam untuk mengelakkan kucing terkejut dan kesejukan. Keadaan kucing yang terkejut dan stress akan membuatkan kucing anda bertindak agresif dan mencakar anda. Penggunaan sangkar khas boleh membantu anda (rujuk gambar dibawah).
  • Proses memandikan kucing harus bermula pada bahagian ekor terlebih dahulu sehingga kucing benar-benar selesa. Kemudian, anda boleh melanjutkan ke bahagian badan kucing seterusnya.
  • Elakkan memandikan kucing dibahagian muka dan telinga kucing kerana ia akan membuatkan kucing rasa tidak selesa. Gunakan tangan yang dibasahi untuk mengusap muka dan telinga kucing semasa memandikannya.
  • Anda harus berhati-hati semasa memandikan kucing bagi mengelakkan bahagian telinga kucing dimasuki air. Telinga kucing yang dimasukki air akan menyebabkan telinga kucing anda bernanah.

  • Anda haruslah menggunakan shampoo khas untuk kucing sahaja. Elakkan menggunakan shampoo mandi manusia.
  • Setelah badan kucing dibasahi dengan air, gunakan tangan dan garu serta gosok badan kucing sehingga sempurna dengan pergerakan lembut dan mesra.
  • Bilas buih syampoo itu sebersihnya. Jika kucing anda mempunyai masalah kutu, ia akan mengalir keluar bersama air bilasan tersebut.
  • Gunakan tuala kecil atau tisu lembab untuk membersihkan hidung dan mata kucing. Anda juga boleh menggunakan kapas membersihkan bahagian dalam telinga kucing.
  • Keringkan badan kucing menggunakan tuala khas bagi kucing. Kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persian, ragdoll, norwegian forest, silberian, chinchilla, munchkin dan DLH (Domestic Long Hair) anda haruslah menggunakan hair dryer bagi membantu bulu tersebut dikeringkan dengan cepat.
  • Anda harus menggunakan tahap kekuatan biasa (bukan panas) semasa menggunakan hair dryer mengeringkan bulu kucing. Kulit dan bulu kucing yang lebat akan lambat mengering, ini akan memberikan penyakit kulit kepada kucing jika ia tidak dibiarkan lembab.
  • Penggunaan hair dryer mungkin akan menyebabkan kucing kurang biasa dengan bunyi bising alat tersebut. Jika demikian, gunakan kipas angin dan lapkan badan kucing dengan tuala sambil mengusap-usap manja badan kucing. Mendedahkan kucing kepada sinar matahari juga membantu mengeringkannya.
sarang-ini-boleh-membantu-anda-memandikan-kucing-300x300 Cara Memandikan Kucing Peliharaan Di Rumah

Sangkar khas memandikan kucing

Loading...

Tags: #cara mandikan kucing dengan berkesan #cara mandikan kucing dengan senang #cara mandikan kucing paling mudah #cara mudah mandi kucing #cara nak mandi kucing #kaedah mandikan kucing #kucing mandi #mandikan kucing #penjagaan kucing #petua memandikan kucing #tips mandikan kucing

Tips Halau Kucing Liar Dari Kawasan Rumah Anda
Jika anda ingin mengeluarkan kucing liar dari kawasan rumah anda atau menghentikan tingkah
Kucing Anda Terlalu Gemuk : Bagaimana Mengatasi Masalah Ini?
Bagi kucing yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes, perubahan diet dan gaya
Petanda Kucing Peliharaan Anda Sakit
Tanda-tanda kucing sakit boleh berbeza-beza bergantung pada jenis penyakit atau keadaan kesihatan yang
Tanda-tanda Kebaikan Bakal Anda Perolehi Jika Didatangi Kucing Jalanan
Kucing adalah seekor haiwan peliharaan yang manja dan lucu. Disamping ia juga seekor

Leave a reply "Cara Memandikan Kucing Peliharaan Di Rumah"