Bagaimana melabur dengan Fixed Deposit (FD)
Untuk melabur dalam FD, kita perlu membuka account dinamakan Fixed Deposit Account dan kemudian memasukkan sejumlah wang dalam sesuatu jangka masa dan kita akan memperolehi pendapatan daripada faedah yang ditawarkan oleh pihak bank. Antara bank-bank yang menawarkan pelaburan melalui fixed deposit (FD) ialah seperti Maybank, CIMB, Affin Bank, AmBank, HSBC, Hong Leong Bank, Public Bank dan banyak lagi. Dalam pelaburan dengan FD ini, pulangan yang bakal anda dapat bergantung kepada kadar interest yang ditawarkan.
Sebagai contoh :
Tempoh/Jangkamasa 1 bulan dengan Kadar Faedah (% p.a.) 3.10%
Tempoh/Jangkamasa 2 bulan dengan Kadar Faedah (% p.a.) 3.15%
Nota : *p.a. = per annum (setahun)
Jika anda memilih untuk melabur dalam simpanan tetap (FD) dengan tempoh 1 bulan, anda akan mendapat kadar keuntungan pelaburan sebanyak 3.10% daripada jumlah simpanan anda setahun pada hujung tempoh 1 bulan tersebut.
Katakanlah anda melabur sebanyak RM5,000 untuk jangka masa 1 bulan dengan kadar faedah 3.10 %, anda akan memperolehi pulangan sebanyak RM 12.92 pada penghujung tempoh pelaburan.
Formula pengiraan :
Maka cara kira adalah seperti berikut ;
RM5000 x 0.031/360 x 30 hari (bilangan hari) = RM12.92
Kadar faedah juga menjadi lebih tinggi sekiranya anda melabur amaun yang tinggi, seperti RM10,000. Jika anda ingin pulangan yang tinggi, anda perlu sentiasa mencari promosi simpanan tetap yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia. Kadang-kadang, kadar faedah setinggi 4.00% bagi tempoh 12 bulan. Sekiranya, simpanan tetap anda sudah tamat tempohnya, anda boleh pindahkan wang anda ke simpanan tetap yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi.
Rasional melabur dalam simpanan tetap Fixed Deposit (FD)
Kebiasaanya, mereka yang menyimpan dalam Fixed Deposit (FD) ini akan menggunakan simpanan tetap tersebut untuk membuat Overdraft (OD) sebagai cagaran 1:1
Andaikata kalau FD ditawarkan oleh pihak bank monthly 3.75% , maka (1/12)*3.75% sebulan. Keuntungan melalui simpanan FD (Fixed Deposit) juga dipengaruhi oleh nilai matawang semasa dan kadar inflasi dalam negara. Ia merupakan salah satu risiko pelaburan dengan simpanan FD (Fixed Deposit).
Tags: #buka account FD #cara buka account FD #cara melabur dalam fixed deposit #cara melabur dengan simpanan tetap #Fixed deposit dan cagaran OD #formula kira keuntungan FD #kadar keuntungan pelaburan fixed deposit fd #melabur dengan Fixed Deposit #Rasional melabur dalam simpanan tetap Fixed Deposit #risiko melabur dengan fixed deposit #tawaran fixed deposit bank