Cara Masak Udang Goreng Petai Istimewa

Udang Goreng Petai

Resipi Udang Goreng Petai

Bahan-bahan :

  • 4 Sudu makan Cili boh/cili kering
  • 300 gm Isi udang
  • 2 Papan Petai dibuang kulit
  • 2 Biji Bawang putih ditumbuk
  • 3 Biji Bawang merah ditumbuk
  • 1 Sudu kecil Belacan ditumbuk
  • ¼ Cawan Air Asam jawa
  • Sedikit Gula, garam dan serbuk perasa
  • Sedikit Minyak untuk menumis

Cara Memasak :

  1. Tumis cili, bawang putih, bawang merah dan belacan yang telah ditumbuk hingga agak kering, kemudian masukkan air asam jawa. Kacau hingga rata.
  2. Masukkan gula, garam secukup rasa dan kacau sehingga agak pekat.
  3. Masukkan pula udang dan petai, kacau hingga rata dan biar seketika sehingga masak (tidak perlu masak terlalu lama kerana udang akan mengecut dan akan menjejaskan rasanya.
  4. Lebih sedap jika dihidangkan bersama sambal belacan thai.

Bahan-bahan :

  • 1 Inci Belacan bakar
  • 2 Sudu Air asam jawa
  • 1 Sudu Air limau nipis
  • 10 Biji Cili api
  • Sedikit Gula, garam dan ajinomoto

Cara Menyediakannya :

  1. Tumbuk cili api dan belacan hingga lumat.
  2. Campurkan dengan air asam jawa, air limau nipis, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.
logo-150x150 Cara Masak Udang Goreng Petai Istimewa

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Masak Udang Goreng Petai Istimewa

Loading...

Tags: #Cara Masak Udang Goreng Petai #masakan udang goreng petai #resepi masakan udang goreng petai #udang goreng petai

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Cara Masak Udang Goreng Petai Istimewa"