Cara Jitu Memikat Awek Yang Jual Mahal

Cara Benar Memikat Awek Yang Jual Mahal

Menaklukkan hati seorang gadis yang ‘jual mahal’ memang bukan perkara yang mudah dilakukan seorang lelaki. Bahkan, kemungkinannya semua usaha yang anda lakukan tetap saja tidak mampu membuatnya terpikat. Tapi tenang, seorang wanita yang normal dalam erti kata wanita yang ada naluri memerlukan lelaki dan tertarik dengan lelaki, seperti apa pun sikap mereka, anda masih mempunyai cara untuk menakluki hatinya.

Sebenarnya, wanita yang jual mahal ini adalah wanita yang kuat agama atau wanita yang pemalu kerana wanita jual mahal ini selalunya setia. Jadi dari itu, wanita yang jual mahal ini sangat susah bagi mereka untuk berkongsi kasih sayang kepada orang yang baru mahu mengenali mereka. Jual mahal bukan bermaksud sombong, tetapi menjaga kehormatan diri mereka. Tetapi, ada juga yang jual mahal kerana dia lebih cantik, mempunyai status yang tinggi, mempunyai pengalaman silam yang tidak baik dengan bekas kekasih, susah untuk percayai lelaki dan sebagainya.

Pernahkah anda berada di suatu situasi di mana anda dan satu atau dua kawan berada di sebuah majlis. Di majlis pula ada sekumpulan gadis dan anda ‘syok’ pada salah seorang gadis dalam kumpulan itu. Masalahnya, gadis tersebut jual mahal pada anda. Sudah pasti dia tersenyum dan berbual dengan baik dan sopan, tapi tidak banyak membalas atau berinteraksi dengan anda, sementara kawan-kawan perempuan dia pula jauh lebih menyenangkan dan menggoda.

Cara Jitu Memikat Awek Yang Jual Mahal

Usah risau, sebenarnya bukannya dia tidak suka pada anda. Tenanglah. Seseorang gadis tertarik atau tidak pada seseorang itu bergantung kepada psikologi dan kedudukan sosial seseorang lelaki itu. Sebenarnya, apabila anda menunjukkan yang anda berminat pada seorang gadis cantik, anda secara tidak langsung mencabar ego dan rasa harga dirinya. Dia tahu anda telah memilih dan tertarik kepadanya. Dia sebenarnya suka apabila anda tertarik dengannya. Namun, dia juga tahu bahawa jika dia bertindak balas dan terus melayan anda, dia akan kehilangan nilai cool di hadapan kawan-kawannya. Jadi, dia memilih untuk berlagak maintain dan menjual mahal.

  • Anda hanya perlu membalikkan psikologi (reverse psychology) gaids itu dengan mengalihkan perhatian anda pada kawan-kawanya yang kurang cantik. Apabila anda memberi rakan-rakannya lebih banyak perhatian dan gurauan, secara automatik anda mencabar egonya kerana dia akan rasa dia yang paling ‘hot’ di situ. Jadi, untuk menjaga kedudukannya yang paling cun dan hot dalam kumpulan itu, dia akan cuba untuk menarik perhatian anda kembali. Sudah tentulah ini yang anda mahu.
  • Gunakan renungan mata yang tajam ketika bercakap dengan semua gadis-gadis. Namun, ketika anda sedang bercakap dengan gadis yang anda minat itu, sesekali melirik ke salah seorang kawannya dan memberikan senyum kecil sebelum melihat kembali ke gadis itu. Ini akan membuat dia rasa ingin bertanding dengan kawan-kawannya (tanpa disedarinya) dan akan membuat dia ingin berjuang untuk perhatian anda.
  • Lebihkan bergurau dengan kawan-kawannya berbanding dirinya. Ketika duduk (atau berdiri), lebihkan mengadap ke arah salah satu temannya lebih daripada dia.
  • Penampilan anda adalah penting. Untuk menakluk gadis dengan drama seperti ini, maka perkara terpenting yang harus anda lakukan adalah bagaimana anda tampil di depannya. Perkara utama dalam memikat seorang wanita adalah bagaimana anda mampu membuatnya tertarik dan jatuh hati kepada Anda. Konsep tersebut pun tidak berbeza dengan awek yang suka jual mahal seperti ini.
  • Perlihatkan bahawa anda adalah lelaki yang punya daya tarik tinggi. Anda harus tampil sebagai lelaki yang ‘mahal’. Bukan bererti anda harus berkereta, berbaju mahal dengan memakai aksesori serba mahal. Tapi anda harus benar-benar memperlihatkan kepadanya jika anda adalah lelaki yang punya nilai tinggi. Ertinya, ketika anda di hadapannya, anda tidak menampilkan kesalahan yang banyak dilakukan lelaki. Anda berpakaian menarik dan anda berkelakuan sesuai peranan jantina anda.
  • Selain penampilan, sikap tetap merupakan prioriti utama anda untuk menakluki si jual mahal. Ya, memikat seorang wanita dengan sikap jual mahalnya, anda perlukan sikap yang tepat. Anda harus bersikap berbeza dari kebanyakan lelaki. Banyak lelaki yang bersikap terlalu ‘desperate’ atau berkata-kata manis ketika tampil di depan wanita idamannya. Contohnya kelakuan memujinya dengan berlebihan, atau memberikan perhatian dengan berlebihan. Jika anda ingin memikat gadis yang jual mahal ini, maka anda tidak boleh bersikap seperti ini. Tidak perlu pickup line, tidak perlu ayat-ayat power.
  • Jika dia bersikap jual mahal maka jangan ragu untuk memperlihatkan anda adalah lelaki yang jauh lebih mahal di hadapannya. Bukan bererti anda juga harus jual mahal kepadanya, melainkan anda harus memperlihatkan semua kualiti diri anda, dan yang paling penting adalah anda tidak memerlukan persetujuannya untuk menjadi lelaki yang berkualiti. Satu lagi, anda juga sebaiknya boleh menampilkan dua sisi menarik dari diri anda. Misalnya, anda boleh menjadi pemimpinnya dan juga anda juga boleh menjadi teman atau sahabatnya.
  • Bersabarlah kerana sifat sebenar gadis jual mahal ini ialah mereka ingin tahu adakah lelaki yang cuba memikat mereka itu benar-benar menyukai mereka atau saja-saja untuk berkenalan, buat stock, test market dan sebagainya. Anda perlu bersikap jujur dan jadi diri sendiri kerana awek jual mahal ini sangat suka lelaki yang jujur.
IMG_20171206_114610-150x150 Cara Jitu Memikat Awek Yang Jual Mahal

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #awek jual mahal #ayat memikat wanita #ayat pikat perempuan #bagaimana memikat awek jual mahal #Bagaimana Nak Memikat Hati Gadis Idaman #Cara benar memikat awek yang jual mahal #cara memikat awek hot #cara memikat gadis jual mahal #Cara Memikat Hati Wanita Dengan Mudah #cara memikat perempuan di sekolah menengah #cara memikat wanita sombong #cara menakluki hati wanita #cara menakluki wanita jual mahal #cara mengayat awek #Cara Mudah Untuk Memikat Perempuan #cara nak ayat awek #cara pikat perempuan #cara pikat perempuan jual mahal #cara pikat wanita sombong #cara tackle awek jual mahal #ngurat awek jual mahal #teknik pikat awek sombong #tips memikat gadis jual mahal #tips mengurat awek #waniata jula mahal

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Jitu Memikat Awek Yang Jual Mahal"