Bau mulut dalam istilah medikal disebut juga dengan halitosis. Masalah mulut berbau sering menjadi salah satu faktor pengganggu ketika sedang berkomunikasi , sehingga bau mulut dapat menyebabkan kehilangan rasa yakin dan percaya dalam diri.
Umumnya masalah bau mulut atau halitosis boleh diatasi atau dihilangkan sama sekali dengan menjaga kebersihan mulut seperti menggosok gigi, menggunakan benang gigi, membersihkan lidah, menggunakan ubat kumur dan diet yang sihat.
Masalah halitosis bergantung pada faktor penyebabnya dan untuk mengatasinya secara efektif memerlukan pemeriksaan secara menyeluruh dan diagnosis yang tepat. Doktor gigi dapat membezakan masalah halitosis ini sama ada berpunca dari rongga luar dalam mulut ataupun disebabkan dari organ dalaman yang tidak sihat.
Terdapat banyak cara untuk menghilangkan masalah bau mulut ini. Berikut merupakan beberapa cara yang disyorkan.
- Mengambil diet yang sihat
Pengambilan diet yang sihat dapat mengatasi masalah mulut berbau.
- Banyak makan sayur-sayuran
- Kurangkan makan makanan dengan protein tinggi
- Hindari makanan yang berbau kuat seperti bawang merah, petai, jering dan lain-lain
- Menghindari alkohol, rokok, ubat-ubatan yang dapat menurunkan aliran air liur
- Menggosok gigi dengan teratur
Menggosok gigi adalah cara yang sangat efektif untuk menghilangkan bau mulut. Yang harus dititik beratkan adalah disiplin dalam menggosok gigi. Jika terlalu kerap juga tidak baik, terlalu jarang juga tidak baik. Memadai jika anda menggosok gigi dua kali sehari di waktu pagi (setelah sarapan pagi) dan sebelum tidur malam. Sebaiknya gunakan berus gigi dengan bulu berus yang lembut dan kepala berus yang kecil.
- Makan buah-buahan
Antara penyebab mulut berbau adalah mulut kekurangan air liur atau mulut dalam keadaan kering. Dengan memakan buah-buahan, air liur di dalam mulut akan bertambah kerana buah-buahan mengandungi banyak air dan vitamin C. Contoh buah -buahan yang boleh dimakan untuk menghilangkan bau mulut ialah buah pear, epal, jambu, oren dan lain-lain. Serat buah yang tinggi juga mampu menjadi pembersih gigi. Selain itu buah-buahan juga sangat baik untuk pencernaan.
- Berkumur dengan moutwash (antiseptic)
Walaupun dengan menggosok gigi, bakteria penyebab mulut berbau masih lagi tersisa di dalam mulut. Dengan berkumur dengan mouthwash akan mengurangi jumlah bakteria dan menghilangkan bau mulut. Waktu yang paling tepat menggunakan mouthwash adalah sebelum tidur kerana ia memberikan efek anti-bakteria kerana aktiviti bakteria penyebab bau mulut meningkat ketika tidur. Penggunaannya tidak perlu berlebihan, cukup hanya dengan 10 hingga 15 ml untuk membasahi seluruh permukaan mulut. Kumurlah sekurang-kurangnya 1 hingga 2 minit.
- Membersihkan lidah
Permukaan lidah harus dibersihkan dengan cara memberus lidah dua kali sehari menggunakan berus gigi atau alat khusus pembersih lidah (tongue scrapper). Permukaan lidah diberus dengan lembut dan perlahan agar lidah tidak terluka.
- Menggunakan dental floss
Benang gigi (dental floss) digunakan untuk membersihkan celah gigi yang sempit yang tidak dapat dicapai dengan berus gigi. Sebaiknya dilakukan satu kali sehari, namun boleh juga dilakukan dua kali sehari bila perlu.
- Mengunyah gula-gula getah
Jika anda tidak dapat memberus gigi selepas makan terutamanya ketika makan tengah hari ataupun snek petang ketika bekerja, mengunyah gula-gula getah adalah cara yang efektif untuk memberikan nafas yang segar. Dengan mengunyah gula getah, sisa-sisa makanan boleh dibersihkan dan pengeluaran air liur akan dirangsang. Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak.
- Perbanyak minum air masak
Mulut yang kering akan membuat bakteria cepat sekali berkembang. Meminum air masak dapat menghambat perkembangan bakteria penyebab bau mulut. Selain itu, dengan minum air masak minimal 8 gelas sehari, kerongkong anda akan menjadi bersih, sehingga makanan yang menempel pada bahagian kerongkong dapat berkurang dan dapat membantu mengatasi adanya bau mulut.
- Minum susu
Meminum segelas susu dipercayai mampu mengatasi masalah mulut berbau. Dalam satu ujian menggunakan bawang putih yang dimasak dengan susu, didapati tahap sulfur dalam bawang putih tersebut menurun sekaligus mengurangkan bau busuk. Penemuan oleh Sheryl Barringer dan Aeerat Hansanugaran dari Universiti Ohio itu di muatkan dalam Journal of Food Science. Jelas mereka, meminum susu bersama bawang putih akan memberi kesan yang optimum. Campuran kedua-dua bahan tersebut di dalam mulut sebelum ditelan mampu meneutralkan bau busuk nafas berbanding minum susu selepas memakan bawang putih.
- Minum teh hijau dan berkumur daun sirih
Meminum teh hijau dapat mengatasi bau mulut kerana teh hijau mengandung anti oksidan yang sangat tinggi. Teh hijau sangat menyihatkan untuk badan dengan cara menangkal radikal bebas penyebab penyakit. Daun sirih akan memberikan kesan hangat dan segar di dalam mulut kerana ai merupakan mouthwash tradisional. Rebus beberapa helai daun sirih dan gunakan air rebusannya untuk berkumur. Rempah lain seperti kayu putih, kayu manis, ketumbar, mint dan rosemary juga dapat mengatsi bau pada mulut.
Rujukan : https://shafiqolbu.wordpress.com http://www.shinysmiledentalclinic.com
Tags: #cara atasi masalah bau mulut #cara elak mulut berbau #elak bau mulut yang kurang menyenangkan #halitosis #hindar mulut berbau #masalah mulut berbau #mulut bau busuk #mulut berbau