Persediaan diri
Keadaan anda haruslah bersedia dari segi pakaian, penampilan dan gaya rambut yang sesuai. Lihat wajah anda dahulu sebelum selfie. Kalau boleh tacap dulu make up sebelum selfie.
Pastikan pencahayaan yang baik
Fotografi tidak boleh lari daripada pencahayaan. Pencahayaan yang cukup dapat menghasilkan kualiti gambar yang cantik. Elakkan daripada camera anda ke arah cahaya secara langsung kerana ia memberikan kesan gambar yang gelap.
Memilih latarbelakang gambar
Pilih latarbelakang yang sesuai dan bersih. Ia akan mempengaruhi imej subjek gambar yang dihasilkan.
Keyakinan diri
Jangan malu atau segan berselfie. Anda perlu percaya pada diri sendiri. Lakukan selfie dengan perasaan seronok dan gembira.
Guna software pengedit gambar
Software juga memainkan peranan yang penting. Ia boleh didapati secara percuma di Application store atau i-Tunes. Dengan software ini, anda akan dapat mengedit gambar anda supaya lebih sesuai dengan tema anda.
Sudut dan angle gambar
Pemilihan angle atau sudut gambar untuk selfie juga dapat diamalkan untuk memberikan kesan gambar yang pelbagai. Jangan takut untuk mencuba ambil gambar dengan posisi sudut berbagai-bagai.
Rileks dan santai
Rileks dan santai sangat diperlukan untuk hasil foto selfie yang bagus. Sebab dengan keadaan rileks dan santai, hasil foto akan lebih bagus dan asli sebab tidak kaku.
Eye catching
Cuba memandang lensa dengan bahasa tubuh yang menarik.
Berikut adalah contoh gambar selfie yang menarik ;
Tags: #cara ambik gambar selfie dengan betul #cara selfie #Eye catching #gambar selfie cantik #Guna software pengedit gambar #Memilih latarbelakang gambar #Sudut dan angle gambar #teknik selfie #tips selfie