Cara-cara Memohon Surat Perjalanan Berkumpulan Ke Luar Negara

Surat Perjalanan Kumpulan

Tujuan memohon pass lawatan berkumpulan
Surat perjalanan berkumpulan atau dokumen perjalanan kumpulan dipohon oleh rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan berkumpulan bagi menggantikan passport antarabangsa. Ia merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dengan had minimum 5 orang sehingga had maksimum 20 orang untuk 1 buku ke negara-negara ASEAN sahaja kecuali Filipina dan Indonesia.

Tempoh siap
Tempoh siap pass lawatan kumpulan adalah sekitar 5 hari waktu bekerja.

Tempoh sah laku dokumen
Tempoh Sahlaku adalah selama sembilan (9) bulan dari tarikh dikeluarkan dan hanya untuk sekali perjalanan sahaja.

Syarat-syarat am permohonan pass lawatan berkumpulan :

1. Semua ahli atau pemohon perlu hadir semasa proses membuat pass lawatan tersebut.

2. Pemohon perlu mengisi Borang H ( Im.101A ) yang boleh didapati di kaunter pejabat imigresen dan disertakan dengan dokumen berikut;

    • 2 keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm, berlatar belakang PUTIH.
    • 1 Salinan MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun.
    • 1 Salinan Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun
    • Kebenaran dari ibu/bapa bagi pemohon berumur kurang dari 18 tahun ( borang IM.42A )
    • Minimum 5 orang, dan maksimum 20 orang sahaja untuk 1 buku.

Kadar bayaran
Kadar bayaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM 200.00 bagi satu dokumen.

Syarat-syarat khusus permohonan :

A. Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas

Pemohonan yang berumur 18 tahun ke atas (lahir dalam negara). Dokumen diperlukan :

    • MyKad pemohon
    • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

Pemohon adalah pegawai dan anggota tentera. Dokumen diperlukan :

    • Kad Tentera
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda (berukuran 3.5 x 5 cm)

Pemohon adalah pegawai dan anggota polis. Dokumen diperlukan :

    • Kad Polis
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru (berukuran 3.5 x 5 cm)

B. Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah

Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah (lahir dalam negara). Dokumen diperlukan :

    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah (lahir luar negara). Dokumen diperlukan :

    • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
    • Dokumen perjalanan yang digunakan semasa balik ke Malaysia
    • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

Pemohon JIKA ibu dan bapa telah meninggal dunia. Dokumen diperlukan :

    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Sijil kematian ibu/bapa
    • Surat Akuan sumpah penjaga anak oleh penjaga sah/surat Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

Pemohon JIKA ibu/bapa bercerai. Dokumen diperlukan :

    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa
    • MyKad ibu/bapa sebagai penjaga yang sah
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

Pemohon JIKA ibu dan bapa tidak dapat dikesan. Dokumen diperlukan :

    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Surat Sumpah/surat Jabatan Kebajikan Masyarakat/ pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu/bapa tidak dapat dikesan
    • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

JIKA pemohon adalah anak angkat. Dokumen diperlukan :

    • MyKad pemohon
    • Sijil anak angkat
    • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

JIKA pemohon telah berkahwin. Dokumen diperlukan :

  • MyKad pemohon
  • Sijil nikah atau surat cerai (jika telah bercerai)
  • 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 cm)

Contoh borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh ketua rombongan dan ahli :

borang1-150x150 Cara-cara Memohon Surat Perjalanan Berkumpulan Ke Luar Negara borang2-150x150 Cara-cara Memohon Surat Perjalanan Berkumpulan Ke Luar Negara

Loading...

Tags: #border pass berkumpulan #border pass group #cara nak buat pass group ke luar negara #cara nak mohon pass group #dokumen untuk mohon pass lawatan berkumpulan #grouping pass luar negara #kadar bayaran pass berkumpulan #pass melawat luar negara berkumpulan #proses nak buat surat perjalanan luar negara #surat perjalanan ke luar negara berkumpulan #syarat mohon pass lawatan berkumpulan #tempoh sah laku pass berkumpulan

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Cara-cara Memohon Surat Perjalanan Berkumpulan Ke Luar Negara"