Cara Atasi Masalah Kulit Wajah Dengan Mayonis, Jom Lihat Bagaimana Caranya!

Masker Dari Mayonis, Diy Masker Wajah

Lazimnya, mayonis seringkali dijadikan sebagai penambah rasa kepada makanan. Antara makanan yang selalu digunakan bersama mayonis adalah kentang goreng, sosej, burger dan salad.

Untuk pengetahuan para pembaca, mayonis bukan sahaja dimanfaatkan pada bahan makanan bahkan boleh diaplikasikan kepada kecantikan diri.

Selain dapat merawat rambut dan kuku, mayonis juga sangat bagus untuk mengatasi masalah kulit wajah menerusi amalan masker.

Jom tangani masalah kulit wajah anda dengan 3 DIY masker mayonis ini!

1. Mayonis, Telur & Yogurt

Seperti yang anda tahu, telur boleh melembapkan dan menegangkan kulit sementara yogurt pula mampu mencerahkan kulit secara semula jadi. Campuran ketiga-tiga ini sangat baik untuk kesemua jenis kulit termasuklah kulit berjerawat dan sensitif.

Cara Rawatan:

Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau. Kemudian campurkan dua sudu teh mayonis dan satu sudu yogurt ke dalam mangkuk berkenaan. Kacau campuran telur, mayonis dan yogurt sehingga sebati.

Oleskan campuran ini pada disekeliling wajah seperti memakai masker. Biarkan sebentar kira-kira 15 hingga 20 minit sampai mengering sebelum dibilas dengan air sederhana panas sehingga bersih. Gunakan 2 atau 3 kali seminggu untuk dapatkan kulit yang sihat dan berseri-seri.

2. Mayonis & Madu

Sekiranya memiliki kulit wajah yang kering, anda boleh menggunakan masker campuran mayonis dan madu bagi mengatasi masalah ini. Untuk info, madu boleh mengembalikan kelembapan kulit kita secara semula jadi.

Cara Rawatan:

Campurkan dua sudu mayonis dan satu sudu madu lalu dikacau sehingga sebati. Setelah siap, aplikasikan di seluruh wajah dan leher anda.

Diamkan seketika selama 20 minit kemudiaan bilas wajah anda dengan air bersih. Jangan lupa untuk mengamalkan masker mayonis dan madu ini 2 hingga 3 kali seminggu agak kulit wajah anda tidak mengalami kekeringan.

3. Mayonis, Madu & Lemon

Masker campuran mayonis, madu dan lemon boleh dijadikan sebagai solusi terbaik buat anda yang mempunyai masalah kulit berminyak. Selain dapat menutupi liang pori, masker ini boleh membasmi jerawat degil anda.

Cara Rawatan:

Anda hanya perlukan dua sudu mayonis, satu sudu air perahan lemon dan satu sudu madu. Campurkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.

Kemudian, sapukan masker ini pada wajah. Kalau boleh, fokus di tempat yang berjerawat dan berpori besar. Sebelum dibilas dengan air bersih, rehatkan masker ini seketika kira-kira 15 minit. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, amalkan masker ini dua kali seminggu.

azlan-150x150 Cara Atasi Masalah Kulit Wajah Dengan Mayonis, Jom Lihat Bagaimana Caranya!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cantik Dengan DIY Masker Mayonis #Cantik Guna Masker Mayonis #Cara Membuat Masker Mayonnaise #DIY Masker #Masker Mayonnaise #Masker Mayonnaise Bisa Mengatasi Kulit Kering #Petua Kecantikan Dari Masker Mayonis

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.