Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha

Wajah Cun Terkini Fasha Sandha

Fasha Sandha, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni hiburan negara.

Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang cantik jelita, figura ini berbakat besar dalam bidang lakonan dan modeling.

Pasti anda tertanya-tanya, apakah rahsia kecantikan yang diamalkan oleh iIbu kepada kepada dua cahaya mata ini?

Dipetik dari Hanasuva.com, pelakon drama Lara Aisyah ini sudi berkongsi petua kecantikannya buat para peminat. Kalau nak tahu, jom baca artikel dibawah.

1. Sukakan makan makanan Jepun

“Saya suka makan makanan Jepun kerana tidak terlalu berminyak dan tiada kolestrol. Untuk kekal sihat, pola makanan sangat penting untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal,” katanya.

2. Amalkan rawatan rambut dengan minyak zaitun

“Bekerja di set lokasi pengambaran memberikan tekanan kepada rambut saya. Oleh itu, saya mengamalkan rawatan minyak zaitun kerana banyak khasiat walaupun baunya kurang menyenangkan,” jelasnya.

3. Pupur rambut dengan santan basi

“Selain minyak zaitun, saya juga menggunakan amalan turun temurun dari ibu untuk kecantikan rambut. Untuk mendapat rambut yang sihat tanpa sebarang bahan kimia, saya suka memerap rambut dengan santan yang tidak boleh digunakan lagi atau santan basi,” katanya.

Untuk info, rawatan rambut menggunakan santan basi dapat menguatkan akar rambut dan rambut akan menjadi cantik hitam bersinar.

4. Amalkan makan Royal Jeli

“Untuk kekal sihat dan kulit yang cantik, saya mengamalkan memakan makanan kesihatan iaitu Royal Jeli yang hanya dibeli di kedai ubat Cina sahaja,” jelasnya.

Selain dapat mencegah kolesterol dalam badan, Royal Jeli dapat meremajakan kulit dan meningkatkan metabolisme tubuh badan.

5. Mesti cantik luar dan dalam

“Bagi saya, kecantikan seseorang itu datang dari kacantikan dalaman. Jika dalaman positif dan tiada niat buruk, maka cantiklah luaran seseorang itu,” katanya.

 

fasha-sandha-berhijab-300x300 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha fasha-sandha-cantik-berhijab-300x300 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha fasha-sandha-kekal-cantik-300x300 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha fasha-sandha-wajah-memukau-300x300 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha gambar-terkini-fasha-sandha-300x300 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha pelakon-fasha-sandha-300x300 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha

azlan-150x150 Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bagaimana nak cantik macam fasha sandha #Cantik Macam Fasha Sandha #fasha sandha #Petua Kecantikan Fasha Sandha #Rahsia Cantik Fasha Sandha #rahsia fasha sandha #rahsia kecantikan fasha sandha

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Bukan Rahsia Lagi! Ini 5 Petua Kecantikan Fasha Sandha"