Buat Kaki Travel, Ini 5 Aplikasi Telefon Pintar Yang Wajib Anda Miliki Sebelum Pergi Bercuti!

Buat Kaki Travel, Ini 5 Aplikasi Telefon Pintar Yang Wajib Anda Miliki Sebelum Bercuti!

Everyone love travelling. Bukan sahaja boleh menerokai tempat-tempat indah, hebat dan luar biasa, aktiviti melancong juga dapat menghilangkan tekanan di tempat kerja sekaligus merehatkan minda dan tubuh badan kita semua.

Sebelum berangkat ke lokasi pilihan, pelbagai persediaan perlu diambilkira oleh anda sepanjang tempoh percutian terutamanya apabila pergi ke tempat yang anda tidak pernah lawati.

Selain pasport, pakaian dan bajet, anda juga dikehendaki melengkapkan telefon pintar dengan aplikasi-aplikasi yang dapat membantu ketika melancong nanti.

Berikut, penulis kongsikan tentang 5 aplikasi telefon pintar yang wajib anda miliki sebelum bercuti. Here they are!

1. Skycanner

Skycanner adalah aplikasi yang dikhaskan untuk menyalurkan maklumat mengenai jadual penerbangan dan jenis pesawat yang akan terbang ke destinasi pilihan anda. Paling menarik, aplikasi ini turut menyediakan hampir semua maklumat penerbangan di seluruh dunia yang lengkap termasuklah dengan perbandingan harga tiket dari pelbagai syarikat penerbangan.

2. TripAdvisor

Bagi yang suka bercuti secara bersendirian, anda wajib memuat turun aplikasi TripAdvisor. Aplikasi ini dapat membantu anda yang menghadapi masalah mencari hotel atau penginapan sepanjang percutian. Hanya pilih destinasi pilihan, aplikasi ini akan menyediakan pelbagai maklumat mengenai hotel lengkap dengan harga dan kemudahan yang disediakan. Paling penting, anda boleh membuat tempahan bilik menerusi TripAdvisor ini.

3. Weather Application

Jangan biarkan perjalanan percutian anda tergendala kerana gangguan cuaca yang tidak menentu. Aplikasi ini sangat penting buat anda di mana memberi informasi cuaca di sekitar anda saat bercuti. Menerusi aplikasi ini, anda boleh merancang perjalanan dengan lebih baik.

4. Logbook

Demi memudahkan urusan perbelanjaan ketika melancong, penulis sarankan agar anda memuat turun aplikasi Logbook. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencatatkan segala berkaitan perbelanjaan anda dan menentukan beberapa banyak anggaran perbelanjaan anda sepajang percutian. Tambahan lagi, anda boleh berkongsi rekod perbelanjaan menerusi Logbook kepada teman-twman percutian yang lain.

5. Waze @ Google Maps

Rata-rata pengguna telefon pintar hari ini mempunyai kedua-dua aplikasi ini. Waze atau Google Maps berfungsi sebagai alat bantuan untuk mencari arah dan jarak sesuatu destinasi yang ingin dituju bersama-sama arahannya. Menariknya, aplikasi-aplikasi ini turut menyampaikan maklumat terkini keadaan trafik semasa seperti sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa atau kemalangan yang berlaku di kawasan berdekatan anda.

azlan-150x150 Buat Kaki Travel, Ini 5 Aplikasi Telefon Pintar Yang Wajib Anda Miliki Sebelum Pergi Bercuti!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aplikasi bawaan android yang berguna #Aplikasi Berguna untuk Telefon Pintar Anda #aplikasi buat kaki travel #Aplikasi Smarphone Untuk Pelancongan #aplikasi telefon pintar #Aplikasi Telefon Pintar Untuk Percutian #Aplikasi Telefon Pintar Wajib Anda Miliki Sebelum Pergi Bercuti #aplikasi telepon gratis via internet #aplikasi wajib telefon pintar #Apps yang akan menceriakan telefon pintar android #keperluan sebelum pergi melancong #pergi melancong #tips melancong #tips travel #travel dengan telefon pintar

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.