“Pertama kali ku kenalkan dirimu,
Betapa indahnya bila kau senyum,
Pertama kali ku rapat denganmu,
Baruku tahu kau amat bermakna padaku”
Mungkin anda baru pertama kali mendengar bait-bait lirik lagu tersebut tidak kira di corong-corong radio tempatan mahupun di laman perkongsian video, Youtube.
Pasti anda akan tertanya-tanya, siapa akan gerangan pelantun asal lagu tersebut? Dari Malaysiakah beliau dan apakah nama lengkapnya.
Bait-bait lirik di atas merupakan intro bagi lagu single berjudul Pertama Kali dendangan Shaa yang merupakan pendatang baru dalam industri musik tanah air.
Sejak single tersebut kerap kali diputarkan di radio, lagu berkenaan semakin mendapat perhatian dan tempat di hati bukan sahaja daripada peminat di Malaysia, bahkan diterima umum di Singapura dan Brunei.
Lagu yang boleh dikatakan menjadi siulan dan hits pada masa kini itu dicipta sendiri oleh figura berbadan kecil molek dan berambut pendek, Shaa ketika dia berusia 15 tahun lagi.
Berikut merupakan biodata ringkas anak jati kelahiran Kuala Kedah itu. Jom kita berkenalan dengannya.
Biodata Shaa, Darulaman Buskers
Nama Penuh: Juzratul Nisha Johari
Nama Komersil: Shaa
Tarikh Lahir: 1995
Umur: 22 Tahun (2017)
Asal: Kuala Kedah, Kedah
Keluarga: Anak bongsu daripada enam beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Penyanyi
Single: Pertama Kali
Laman Sosial Shaa
- Facebook: facebook.com/people/SHaa-DB/100008671664524
- Instagram: instagram.com/shaa_db
Fakta Menarik Mengenai Shaa
- Merupakan vokalis utama kumpulan Darulaman Buskers yang cukup terkenal di negeri Kedah.
- Videonya ketika menyanyikan lagu Ziana Zain berjudul Putus Terpaksa pernah viral di media-media sosial sehingga membuatkan netizen lebih mengenalinya.
- Ekoran daripada sambutan hangat video tersebut, pintu rezekinya semakin terbuka setelah dilamar komposer terkenal, Eddie Hamid untuk bernaung menjadi artis rakaman di bawah label Nova Music Malaysia.
- Video muzik Pertama Kali dimuat naik di YouTube pada 7 April 2017 dan telah ditonton lebih daripada sejuta tontonan.
- Menjadikan Ziana Zain sebagai idolanya.
- Minat berniaga dan sering membantu ibunya di gerai menjual laksa, ayam percik dan cucur udang berhadapan Mydin Kuala Kedah.
- Shaa dan Darulaman Buskers sering mengadakan persembahan jalanan atau busking di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah.
- Mempunyai hampir 10,000 pengikut di laman Instagram miliknya.
Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa
Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyumPertama Kali
Ku Rapat denganmu
Baruku tahu kau
Amat bermakna padakuAku tahu kau sudah berpunya
Tapi Ku sanggup menunggu selamanya
Hingga kini aku menanti
Mengapa Sikit engkau tidak mengerti
Mengapa Kini engkau berbagi
Aku Disini tetap akan menanti
Puasku Rayu puas memujuk
Kau Tetap dengan egomu untuk meninggalkan kuWaktu Kau rapuh aku yang kau tuju
Bila Ku merindu kau pergi menjauh
Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimuBetapa Indahnya
Bila Kau senyum
Aku Tahu ku bukan pilihanmu
Tapi Ku tahu ku hanya cinta kamuPertama Kali
Ku Dilukai
Gambar Menarik Shaa DB
Tags: #biodata shaa pertama kali #darulaman buskers #foto penyanyi lagu pertama kali #gambar shaa #Juzratul Nisha Johari #lagu pertama kali #lirik pertama kali shaa #pertama kali #pertama kali nisha #pertama kali shaa song #Shaa #shaa biodata #shaa DB #shaa pertama kali biodata