Memulakan kembara seni seawal usia empat tahun menerusi drama sulungnya berjudul Taubat Nasuha membuka pintu rezeki buat Rykarl Iskandar dalam mengejar impiannya sebagai seorang pelakon.
Sejak itu, bakat aktor cilik ini mula mencuri perhatian dan namanya semakin dikenali khalayak sehingga menjadi buruan ramai penerbit dan pengarah tempatan untuk menjayakan drama dan telefilem.
Antara drama dan telefilem yang pernah dilakonkan oleh kanak-kanak berusia 12 tahun ini adalah Strawberi & Karipap, Geng Bas Sekolah, Elly & Epit, Super Smash, I-Kids dan 3 Campur 1- Ooops!.
Bukan itu sahaja, anak sulung daripada empat beradik juga seringkali mengacarakan beberapa program kanak-kanak Astro seperti Kan Dah Kena dan Ceria All Star.
Dalam perkembangan terbaru, telefilem lakonannya bertajuk Luar Biasa telah di tayangkan di saluran Astro Citra 131 dan Astro Mustika HD 135 pada 25 November lalu.
Untuk info, figura berbintang Pisces ini telah aktif sebagai anak wayang selama tujuh tahun sejak menguak pintu industri seni hiburan negara mulai 2010.
Jom kita berkenalan dengan anak jati Kuala Lumpur yang berbakat besar ini.
Biodata Ringkas Rykarl Iskandar
Nama Penuh: Nor Heidzriq Haikal Norhamizan
Nama Komersil: Rykarl Iskandar
Umur: 12 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 10 Mac 2005
Zodiak: Pisces
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Pengacara
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Drama/Telefilem: Strawberi & Karipap: Hello Gold Coast, Strawberi & Karipap: Sesat Di Paris, Geng Bas Sekolah, Super Smash, Strawberi & Karipap, Jelmaan, Cendawan Raya, Atuk Merdeka, Lembing Dan Layang, Geng Mengaji, Peah Gosip, Jangan Ambil Padang Kami, Tok Abah, Keluarga Adab, Bila Rumah Jadi Mahkamah, Cikgu Timah Tukar Sekolah, Abah Tak Balik Malam Raya, Puasa Datang Lagi, Mama I Love You, Miss Aliyah, Elly & Epit: Saya Nabilo, Saya Sabar, Jubah Putih Kain Kapan, Surat Dari Langit Biru, Lara Hati Ibu dan banyak lagi.
Filem: Ajiboy, Cicakman 3, Kisah Paling Gangster, Balistik, What City Does It Live, Lelaki Harapan Dunia & Manisnya Cinta Di Cappadocia.
Hos TV: Kan Dah Kena (musim pertama & kedua), Hari Raya Untuk Kita Aje dan Ceria All Stars.
Laman Media Sosial Rykarl Iskandar
- Facebook: www.facebook.com/RykarlOfficial
- Twitter: www.twitter.com/rykarl_official
- Instagram: www.instagram.com/rykarl_official
Trivia Menarik Tentang Rykarl Iskandar
- Memenangi dua kali berturut-turut Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-27 dan Ke-26 menerusi filem Lelaki Harapan Dunia dan Ajiboy.
- Beliau pernah merakamkan single pertamanya berjudul Masa Untuk Bersinar bersama Fina sekitar 2012.
- Wajahnya juga seringkali menghiasi beberapa iklan komersil seperti Dutch Lady, Darlie, Mamee, Astro On The Go, Astro Superstar, Sunquick dan Abbot Gain Plus.
- Jika ada masa terluang, Rykarl suka bermain permainan video dan melukis.
- Bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah dan penerbit satu hari nanti.
- Sebelum kembali ke sekolah harian, Rykarl pernah menjalani pembelajaran di rumah (home schooling) selama dua tahun.
- Diundang menjadi juri cilik untuk Ceria Popstar musim ketiga.
- Berkawan baik dengan pelakon cilik, Mia Sara.
- Turut mengeluarkan koleksi baju Melayu kanak-kanak di bawah jenama sendiri iaitu Rykarl’s Limited.
- Merupakan duta kepada produk wangian berjenama GoJust Empire.
- Pernah menjadi duta kepada Jakel untuk koleksi Aidilfitri kanak-kanak pada 2015.
- Memiliki lebih 400,000 pengikut di Instagram dan lebih 50,000 pengikut di Facebook miliknya.
Tags: #Biodata Rykarl Iskandar #gambar ibu bapa rykarl iskandar #gambar keluarga rykarl iskandar #Kenali Rykarl Iskandar #Nor Heidzriq Haikal Norhamizan #Profil Rykarl Iskandar #rykal dan keluarga #rykal iskandar family #Rykarl Iskandar #Rykarl Iskandar Ajiboy #rykarl iskandar anak siapa #Rykarl Iskandar Astro Ceria #rykarl iskandar hikayat cinta si pematah hati #rykarl iskandar instagram #Rykarl Iskandar Pelakon Cilik Popular #Rykarl Iskandar Pelakon Kanak-Kanak Popular Malaysia #umur rykal iskandar 2017