Wajah cantik pelakon ini mungkin sudah tidak asing lagi di kaca televisyen. Malah bakat lakonannya juga mampu memukau penonton. Ramona berdarah kacukan Melayu, Pakistan, Jerman dan Thailand lahir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan membesar di Ipoh, Perak. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem.
Beliau memulakan kerjaya awal sebagai model pada 2002 dan kemudiannya memulakan kerjaya lakonan pada 2006 ketika berusia 14 tahun dan mula dikenali sewaktu berlakon dalam filem Castello yang ditayangkan pada 2006.
Beliau merupakan anak sulung daripada dua beradik. Ketika berusia 4 tahun, Ramona pernah bersekolah di sekolah Cina. Ramona berkelulusan dalam bidang perniagaan di Kolej SEGI (kini Universiti SEGi). Pada 2002, ketika berusia 12 tahun dan masih bersekolah, Ramona Zamzam memulakan kerjaya peragaan dengan menjadi penghias muka depan majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. Empat tahun kemudian, Ramona memulakan kerjaya lakonan menerusi filem Castello arahan Bade Hj. Azmi.
Pada 2010, Ramona menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 bersama-sama Neelofa, Syatilla Melvin, Anzalna Nasir dan Izara Aishah yang mana beliau memenangi tempat kelima. Penampilan televisyen pertama beliau ialah pada 2011 menerusi drama Begitukah Cinta di TV3. Beliau seterusnya memegang watak sebagai Shireen dalam drama Cinta Jangan Pergi.
Beliau berkahwin dengan lelaki pilihannya, Rami Alashkar yang berasal dari Palestin pada 1 Mei 2015. Pada Disember 2017, beliau melahirkan anak sulungnya yang bernama Ivanna Alashkar.
Biodata Ramona Zamzam
Nama popular : Ramona Zamzam
Nama penuh : Ros Ramona Qadira Binti Mohd Zamzam
Tarikh lahir: 25 Jun 1990
Umur Ramona Zamzam: 28 tahun (2018)
Agama : Islam
Bangsa : Melayu kacukan
Pendidikan: Diploma Pengurusan Perniagaan – Segi College
Kerjaya: Pelakon dan model
Tempat tinggal : Damansara, Kuala Lumpur
Asal: Ipoh, Perak
Pasangan : Rami Alashkar (berkahwin 2015)
Nama anak : Ivanna Alashkar
Filem : Castello, 2 Hati 1 Jiwa, Sepah The Movie, Jengka, Hospital, KL Special Force
Drama : Begitukah Cinta, Nora Elena, Tanah Kubur (Musim 4) – episod “Makan Hasil Isteri”, Nilapura, Cinta Jangan Pergi, Cinta Jannah, Tuan Rumah Pembantu Rumah, Cinta Ilahi, Hantu Kampung Manggis, Plan Cinta Tak Jadi, Embok Belum Terbakar, Anakku Diva, My Sweet Lavender
Telefilem : Jangan Tak Pulang, Lara Qaseh, Yeop… Kaya Ke?, Bingkai Kaca, Roti Canai Kuah Rendang, Telah Ku Ikhlaskan, Seindah Takdir
Rancangan Televisyen : Ketuk-Ketuk Ramadan (TV1), Kebun Bandar (TV1)
Instagram Ramona Zamzam: https://instagram.com/ramona_zamzam/
Twitter Ramona Zamzam: https://twitter.com/Ramona_Zamzam
Gambar Menarik Ramona Zamzam
Tags: #bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 #biodata ramona zamzam #gambar Ramona Zamzam #Instagram Ramona Zamzam #keluarga ramona zamzam #nama lengkap Ramona Zamzam #ramona zamzam #Ros Ramona Qadira Binti Mohd Zamzam #siapa ramona zamzam #suami ramona zamzam #Twitter Ramona Zamzam #umur ramona zamzam