Biodata Liza Hanim, Bintang Gegar Vaganza 4 Bersuara Gemersik

Biodata Liza Hanim Gv4

Sedar atau tidak, penyanyi bersuara gemersik bernama Liza Hanim ini sudah bergelar anak seni lebih 20 tahun.

Kelibat anak jati Klang, Selangor ini mula mendapat perhatian para peminat tempatan selepas bergelar Naib Johan Golden Teen Search 1996 yang diterbitkan oleh RTM.

Untuk rekod, wanita berusia 38 tahun ini aktif di arena seni nyanyian sejak 1994 dan album pertamanya berjudul Epilog dihasilkan ketika beliau berusia 18 tahun.

Bermula dari situ, namanya semakin mendapat tempat dan terus mewangi dalam industri seni hiburan tanah air.

Lagu-lagu hitnya seperti Gelisah Mimpi, Siapa Sangka Siapa Menduga, Andaknya Aku Bersuara, Ku Idamkan Rindu dan Merawat Luka Terpendam berjaya memikat hati para pendengar dan tersenarai dalam top 10 carta muzik di stesen-stesen radio tempatan.

Kali terakhir figura berbintang Scorpio ini mengeluarkan single adalah Egoismu yang turut menjadi lagu tema untuk drama bersiri bertajuk Maaf Jika Aku Tak Sempurna sekitar 2014.

Berita gembira buat peminat setia Liza Hanim, bintang kesayangan anda kini muncul di pentas Gegar Vaganza (GV) 4 dan bersaing bersama-sama 11 peserta yang lain seperti Elyana, Aqasha, Syura dan Lan Kristal.

Sekadar info, GV4 boleh ditonton setiap Ahad tepat pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 mulai 29 Oktober 2017.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan bintang filem KL Menjerit dan Laila Isabella ini.

Biodata Ringkas Liza Hanim

Nama Penuh: Haliza Hanim Abdul Halim
Nama Komersil: Liza Hanim
Umur: 38 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 19 November 1979
Zodiak: Scorpio
Asal: Klang, Selangor
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: LH Unique

Lagu/Single: Siapa Sangka Siapa Menduga, Getaran Cinta Di Jiwa, Gelisah Mimpi, Cintailah Aku Sepenuh Jiwa, Andainya Aku Bersuara, Merawat Luka Terpendam, Lara, Racau Sang Khalifah (duet bersama Noraniza Idris), Ku Idamkan Rindu, Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Tragedi Tenda Biru (duet bersama 2 By 2, Kau Tetap Di Hati Ku (duet bersama 2 By 2), Kerana Terlalu Mencintaimu, Egoismu, Aku Ingin Bercinta Sekali Sahaja dan banyak lagi.

Filem: Laila Isabella & KL Menjerit.

Teater: P Ramlee The Musical

Laman Media Sosial Liza Hanim

Anugerah & Pencapaian:

  • Juara Bintang Penghibur HMI 1999.
  • Naib Johan Golden Teen Search 1996.
  • Vokal Terbaik Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi.
  • Anugerah Piala Perak di Festival Muzik Shanghai 2001.
  • Anugerah Personaliti Hiburan 2002 – Bakat Baru Pelakon.
  • Video Muzik Pilihan – Anugerah Era 2004 (Ku Teruskan).

Trivia Menarik Tentang Liza Hanim

  • Mempunyai 7 album studio iaitu Epilog (1997), Di Mana Kan Ku Cari Ganti (1998), Puteri Jelmaan (1999), Istimewa (2000), Isyarat Jiwa (2001), Ku Teruskan (2003) dan Imagin (2007).
  • Selain album studio, figura ini turut memiliki 5 album kompilasi termasuklah Molek (1995), Srikandi (1999), Aidilfitri Di Alaf Baru (1999), Srikandi 2 (2002) dan Rindu Selalu (2005).
  • Liza menamatkan zaman solonya dengan bekas ahli kumpulan Indigo iaitu Mohamed Shahrin Samsudin atau mesra disapa Shah pada 2003.
  • Hasil perkahwinan berkenaan, Liza dan suaminya dianugerahkan empat sahaja mata iaitu Marsya Qistina yang berumur 14 tahun, Marissa Qaireen (8 tahun), Mohamed Salahuddin (6 tahun) dan Mohamed Ibrahim (2 tahun).
  • Demi program GV4, figura bersuara lunak ini mengambil kelas vokal bersama Cikgu Syafi.
  • Miss Malaysia World 2014, Dewi Liana merupakan protege kepada Liza Hanim di dalam program realiti Mentor musim pertama yang disiarkan di TV3.
  • Pernah mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem seram popular, Pontianak Harum Sundal Malam tetapi terpaksa menolak kerana sedang hamil pada ketika itu.
  • Menjadi host untuk Anugerah Seri Angkasa (ASA) 1999 bersama-sama Awie dan Ziana Zain.
  • Lulusan jurusan pengajian perniagaan di Kolej Sunway, Petaling Jaya.
  • Merupakan anak didik kepada komposer terkenal tanah air, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.
  • Memiliki syarikat produksi sendiri iaitu LH Media Sdn Bhd.
  • Liza berhijab sepenuhnya pada tahun 2010.
  • Di samping Suria Records (SRC), Liza Hanim pernah bernaung di bawah label pengurusan Life Records.
  • Memiliki hampir 60,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Liza Hanim

gambar-liza-hanim-GV4-300x300 Biodata Liza Hanim, Bintang Gegar Vaganza 4 Bersuara Gemersik liza-hanim-terbaru-300x300 Biodata Liza Hanim, Bintang Gegar Vaganza 4 Bersuara Gemersik

azlan-150x150 Biodata Liza Hanim, Bintang Gegar Vaganza 4 Bersuara Gemersik

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Liza Hanim #Fakta Disebalik Liza Hanim #Kenali Liza Hanim #Liza Hanim #liza hanim 2017 #Liza Hanim Gegar Vaganza 2017 #Liza Hanim Gegar Vaganza 4 #liza hanim getaran cinta dijiwa #Liza Hanim GV4 #liza hanim instagram #liza hanim ku idamkan rindu #liza hanim lagu #liza hanim siapa sangka siapa menduga #Profil Liza Hanim #siapa sangka siapa menduga #suami liza hanim #Trivia Menarik Liza Hanim

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.