Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

Sultan Kelantan Berdoa Selepas Solat 2

KDYMM Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan Ke-29

Kebawah Duli Yang Maha Mulia KDYMM Sultan Muhammad ke-V diputerakan pada 6 Oktober 1969. Baginda merupakan Sultan yang memerintah negeri Kelantan yang ke-29. Baginda dimasyurkan pada 13 September 2010 bersamaan dengan 4 Syawal 1431 Hijrah dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V. Sebelum ini baginda merupakan Tengku Mahkota Kelantan dan bergelar Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra.

Baginda merupakan putera sulung kepada Sultan Kelantan terdahulu iaitu Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda mempunyai tiga orang adinda iaitu Yang Amat Mulia (Tengku Mahkota) Tengku Muhammad Faiz Petra lbni Sultan Ismail Petra, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

KDYMM Sultan Muhammad V telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2016. Kini, selepas persidangan raja-raja Melayu, baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agong yang ke-15 dan Sultan Perak, KDYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Perlantikan ini berkuatkuasa bermula 13 Disember 2016 selama lima tahun.

KDYMM Sultan Muhammad V merupakan salah seorang raja yang berjiwa rakyat dan keadaan ini menjadikan baginda sangat dekat dihati penduduk negeri Kelantan. Apa yang menarik berkenaan perwatakan Sultan Kelantan ini ialah baginda sering membahasakan dirinya sebagai “kita” “ambo” dan “saya”. Tidak seperti kebiasaan raja-raja melayu menggunakan panggilan “beta”.

Selain itu, KDYMM Sultan Muhammad V juga menukarkan lafaz “Daulat Tuanku” kepada “Allahu Akbar” supaya pelafaznya mendapat pahala. Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu, berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat. Baginda juga tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah baginda juga amat mengambil berat berkenaan kebajikan rakyat tanpa hebahan dan pengetahuan media, menjengah kehidupan rakyat yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur. Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke Oakham School Rutland, England, sehingga tahun 1989 sebelum meneruskan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies pada tahun 1991. Sultan Muhammad V juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Hobi baginda di masa lapang ialah baginda amat gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak. Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda juga merupakan Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Info Menarik Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan ke-29

Nama : Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra lbni Sultan lsmail Petra

Gelaran : Sultan Muhammad ke-V

Tarikh Diputerakan : 6 Oktober 1969 ( Kota Bharu, Kelantan)

Keluarga : Anak sulung daripada empat beradik.

Tarikh Dimahkotakan Tengku Mahkota Kelantan : 6 Oktober 1985 dan kemudian dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan pada 24 Mei 2009

Pendidikan :

  • Pra-sekolah – Tadika Fatima Convent, Kota Bharu 1974 – 1975
  • Sekolah Rendah Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan 1976- 1981
  • Kelas Persediaan – The Alice Smith School,
  • A-Level – Oakham School Rutland, England 1983-1989
  • Pengajian Diplomatik – St. Cross College dan Oxford Centre for Islamic Studies 1989-1991
  • Pengajian Hubungan Diplomatik dan Pentadbiran Perniagaan – Huron University College, London
  • Pengajian Perhubungan Diplomatik – Deutsche Stiftung Internationale Entwicklung, Berlin
  • European Business Administration – European Business School London

Hobi : Membaca, ekspedisi pacuan empat roda, kuda lasak, menembak, memanah, sukan badminton, sukan bolasepak, sukan bowling dan sukan go-kart

Kehidupan Sosial / Agama :

  • Ziarah anak yatim, rakyat miskin yang ditimpa bencana
  • Ziarah masjid dan solat sunat terawih di seluruh negeri sepanjang Ramadan
  • Didampingi oleh para alim ulama Islam terkenal

Penglibatan : 

  • Brig-Jeneral (Kehormat) Komander 506 Askar Wataniah
  • Penaung Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Menubuhkan Yayasan Sultan Kelantan

Darjah kebesaran :

  • Darjah Kerabat (DK) dari Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Perlis
  • Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi 1) (SPMK)
  • Seri Paduka Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia) (Al-Ismaili 1)(SJMK)

Wikipedia : https://en.wikipedia.org/wiki/Muhammad_V_of_Kelantan

Gambar menarik DYMM Sultan Muhammad ke-V, Sultan Kelantan ke-29

biodata-Sultan-Kelantan-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai DYMM-sultan-kelantan-melihat-teknologi-dron-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai gambar-DYMM-sultan-kelantan-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai gambar-sultan-kelantan-1-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-ibadah-haji-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-solat-asar-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaisultan-kelantan-bersila-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaisultan-kelantan-melawat-pusara-tok-guru-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

gambar-Sultan-Muhammad-V-semasa-muda-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaigambar-KDYMM-Sultan-Muhammad-V-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaigambar-sultan-kelantan-pakai-jubah-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaigamabr-Sultan-Muhammad-V-sedang-berdoa-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai gambar-sultan-kelantan-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

sultan-kelantan-berdoa-selepas-solat-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

sultan-kelantan-bertemu-rakyat-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-dalam-masjid-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-dengan-arwah-tok-guru-nik-aziz-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-ke-29-berjiwa-rakyat-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-ke-29-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-melawat-rakyat-yang-kesusahan-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaisultan-kelantan-solat-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaisultan-kelantan-Yang-dipetuan-agong-ke-15-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukaisultan-muhamad-v-bertemu-rakyat-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-melakukan-ibadat-korban-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-melawat-gua-musang-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai sultan-kelantan-melawat-pusara-al-marhum-Tok-guru-nik-aziz-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi DisukaiSultan-Muhammad-V-solat-berjemaah-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi DisukaiSultan-Muhammad-v-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi DisukaiSultan-Muhammad-V-dalam-majlis-maulidur-rasul-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai Sultan-Muhammad-V-di-majlis-agama-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

logo-150x150 Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai

Loading...

Tags: #biodata sultan kelantan #biodata Sultan Muhammad ke-V #biodata yang dipertuan agong ke-15 #info menarik DYMM sultan Kelantan #KDYMM sultan kelantan #koleksi gambar sultan kelantan #koleksi gambar terbaik sultan kelantan #latarbelakang sultan kelantan #pendidikan awal sultan kelantan #Sultan Kelantan #sultan kelantan berjiwa rakyat

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Biodata KDYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Berjiwa Rakyat Disanjungi Lagi Disukai"