Kronologi perkahwinan ketiga Awie
Sebelum ini Awie pernah berkahwin dengan penyanyi Arni Nazira Anuar (popular dengan lagu Cinta Antara Benua) pada tahun 1998 dan bercerai pada tahun 2006. Mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Puteri Aleeya Antasha, 16, dan Puteri Aleefa Antasha, 14.
Pada tahun 2005, Awie berkahwin secara rahsia di Selatan Thailand dengan Rozana Misbun, 38. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 9, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 6. Kes pengesahan perceraian mereka masih lagi berjalan di mahkamah syariah dalam negara.
Kemudian, Awie mengikat tali pertunangannya dengan pasangan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 3 Jun 2016. Pernikahan antara Awie dan Sharifah Ladyana, 28 berlangsung di Songkhla, Selatan Thailand.
Hasil perkahwinan dengan dua isteri sebelum ini, Awie telah dikurniakan seramai 5 orang anak (Lelaki 2, Perempuan 3).
Biodata Sharifah Ladyana (isteri Awie)
Nama Penuh : Sharifah Ladyana binti Syed Samsuddin
Nama Panggilan : Sharifah Ladyana
Tarikh Lahir : 1988
Asal : W.P Kuala Lumpur
Keturunan : Melayu
Kerjaya : Pekerja Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia
Status : Berkahwin
Nama Suami : Ahmad Azhar Othman (Awie)
Gambar menarik perkahwinan Awie dan Sharifah Ladyana
Tags: #Ahmad Azhar Othman #anak awie wings #awie bernikah di thailand #awie wings #biodata isteri baru awie #biodata sharifah ladyana #isteri awie #kahwin di songkhla #kronologi perkahwinan awie #profil isteri awie #sharifah ladyana