Biodata Azar Azmi
Nama penuh: Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama popular: Azar Azmi
Tarikh lahir: 13 Mac 1989
Umur: 29 tahun
Kelahiran: Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan
Media sosial: Instagram @azarazmi
Wikipedia : Azar Azmi
Menarik Berkenaan Azar Azmi
1. Siti Azar Ameerah binti Azmi (lahir 13 Mac 1989) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.
2. Bermula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
3. Azar Azmi adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik.
4. Menyertai Dewi Remaja 2009/10 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.
5. Menceburi bidang perniagaan kosmetik, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.
6. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.
7. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.
8. Pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
9. Pada tahun 2017, hubungan cintanya dengan seorang duda anak dua yang dikenali selama tiga tahun akhirnya terputus. Kemudiannya, Azar mengakui sedang meĀngenali hati budi seorang usahawan berusia 29 tahun.
10. Pada 28 Januari 2017, Azar menjayakan peranan utama bersama Fattah Amin dalam telefilem Bayangan Emilia arahan Pekin Ibrahim yang memulakan siaran di Astro Ria. Beliau kemudiannya ditawarkan oleh Datuk Yusof Haslam berlakon dalam siri drama kepolisan, Gerak Khas, yang mana Azar memegang watak sebagai Detektif Amira, di samping Raja Ilya, Sheera Iskandar, Norman Hakim dan Syamsul Yusof. Beliau meninggalkan siri itu akibat pertindihan penjadualan kerjayanya.
11. Azar menjadi sebahagian dari barisan pelakon termasuk Hazama, Zoey Rahman, Munna Bella dan Ruhainies yang membintangi telefilem Uniknya Cinta arahan Suhaimi Lua yang bersiaran di Slot Cerekarama TV3 pada 3 Februari 2018. Azar memegang watak sebagai Amelina, anak kepada seorang pegawai polis.
12. Azar juga muncul dan memegang watak sebagai Ain di dalam siri drama waktu perdana, Tiada Arah Jodoh Kita di Slot Akasia TV3, yang diterajui oleh Shukri Yahaya dan Aprena Manrose bermula 13 Februari 2018.
13. Pada 13 April 2018, Azar menjayakan peranan utama sebagai Wildad dalam siri drama waktu perdana iaitu, Cinta Fatamorgana yang turut bersiaran di Slot Akasia TV3, beliau menjayakan drama ini bersama-sama Aeril Zafrel dan Syazuwan Hassan.
14. Azar juga telah memegang watak sebagai Haryani dalam Isteri Untuk Diiktiraf di TV1. Beliau, bersama-sama Zara Zya, Hanna Aqeela dan Syazuwan Hassan menjadi teraju utama drama Terbaik Dariku yang disiarkan di Slot Samarinda TV3 bermula 14 November 2018.
15. Azar muncul dalam drama Nur 2, memegang watak sebagai Juita, watak yang pada asalnya diberikan kepada Nelydia Senrose sebelum menarik diri.
16. Muncul sebagai watak utama bergandingan dengan Azlee Khairi dalam drama berjudul Maaf Tak Indah yang mula ditanyangkan pada 12 Februari 2020 di TV3.
Gambar Menarik Azar Azmi
Tags: #azar azmi #azar azmi biodata #azar azmi dewi remaja #azar azmi gambar #biodata azar azmi lengkap #drama azar azmi #gambar azar azmi #ig azar azmi #pelakon azar azmi