Bata merah
- Bahan utama adalah tanah liat (merah).
- Bata ini dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar.
- Dua tiga kali ganda lebih kuat daripada bata putih.
- Lebih lambat menyerap lembapan dan tahan lama.
- Mampu menahan haba lebih baik dan menjadikan ruang dalaman rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.
- Harga agak mahal setanding dengan kualiti bahan.
Bata putih
- Bahan utama ialah pasir (putih).
- Bata putih pula dibuat dari campuran pasir, simen dan air.
- Lebih popular digunakan dalam projek-projek perumahan kerana harga lebih rendah dan menjimatkan kos pembinaan.
- Lebih cepat menyerap lembapan dan berisiko mengalami keretakkan.
Tetapi pada masa sekarang, terdapat banyak jenis bahan bata yang boleh dijadikan perbezaan seperti bata interlock, bata IBS dan sebagainya untuk dinilai mengikut kesesuaian bujet anda.
Tags: #bata merah #bata putih #bata simen #bata untuk rumah kediaman #beza antara dua jenis bata untuk bina rumah #beza bata merah dengan bata putih #bina rumah #kebaikan bata putih dan bata tanah liat #kebaikan bata tanah liat #mana baik bata merah atau putih