Bercinta Selepas Kahwin Merupakan Satu Pilihan

Cinta Selepas Kahwin

Ramai berpendapat bahawa bercinta selepas kahwin adalah salah satu pilihan untuk mendirikan rumah tangga.

Kalau bercinta lepas kahwin, ada yang berpendapat bahawa kemanisan kemesraan memuncak selepas alam perkahwinan dan ada kalangan mereka yang bercinta lepas kahwin menikmati kebahagian umpama pasangan kekasih dan sangat intim. Kerana kenikmatan bercinta baru sahaja dirasai setelah mendirikan rumah tangga dan pada masa tersebut mereka baru sahaja ingin mengenali perasaan masing-masing dan menjalani kehidupan berkeluarga.

Manakala, bercinta dahulu kemudian kahwin pun bagus juga kerana mereka sudah mengenali antara satu sama lain. Kemudian, bila dah kahwin ia adalah sama seperti sebelumnya. Jadi kemanisannya agak kuranglah kerana semua tu telah dilalui sebelum alam perkahwinan.

Ini adalah pandangan daripada pasangan-pasangan yang telah mendirikan rumah tangga. Mereka hanya mengenali pasangan mereka kurang dari 1 tahun, kemudian terus mengambil keputusan melangsungkan perkahwinan. Alhamdullilah, mereka sedang menunggu kehadiran cahaya mata pertama mereka pada tahun ini.

Jika dilihat, ramai juga pasangan yang telah menjadi pasangan kekasih dan telah menjalin hubungan selama bertahun-tahun namun diakhiri dengan perpisahan dan masing-masing berkahwin dengan pasangan masing-masing yang baru.

Persoalan adakah percintaan adalah sesuatu yang membazirkan masa? Setelah menghabiskan masa, wang ringgit dan segalanya, akhirnya anda berkahwin dengan seseorang yang hanya anda kenali dalam masa tak sampai setahun.

Jika dikaitkan dengan faktor takdir seperti “Dah takde jodoh, nak buat macam mana”. Pada hakikatnya, anda membazirkan masa anda secara tidak sedar kerana hanyut oleh arus percintaan anda sendiri. Ada yang bercinta kerana kesunyian kerana sering ditinggalkan kawan-kawan yang mempunyai pasangan masing-masing. Maka, ia mendorong anda mencari pasangan walaupun pada masa tersebut anda harus menumpukan pada hal lain yang lebih penting.

Akhirnya, timbul pula istilah “Cinta itu buta dan cinta itu membuta mata dan hati”.

Apa pun terjadi, adakah anda berasa sangat bahagia dengan pasangan anda? Dan adakah pasangan anda berasa selesa bersama anda? Jawapannya hanya berada pada anda.

Loading...

Tags: #bercinta selepas nikah #cinta dan alam rumahtangga #cinta dan perkahwinan #kebaikan bercinta lepas kahwin #keburukan bercinta lepas kahwin #kenapa bercinta selepas kahwin

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Bercinta Selepas Kahwin Merupakan Satu Pilihan"