Seringkali kita terbaca tentang kegunaan kulit bawang yang pelbagai. Bukan sahaja digunakan sebagai baja mahupun mol semburan tanaman tetapi tahukah anda bahawa kulit bawang juga mempunyai khasiat kepada kesihatan kita?
Menurut sumber, kulit bawang lebih berkhasiat daripada bawang kerana terdapat begitu banyak antioksidan dan sejumlah besar khasiat kesihatan lain di dalam kulit bawang yang nipis ibarat tisu itu.
Kulit bawang mengandungi Antioksidan, Serat, Quercetin dan Flavonoid yang tinggi. Quercetin sejenis pigmen dalam kulit bawang yang berkhasiat mengurangkan tekanan darah dan membantu membersihkan salur darah tersumbat. Flavonoid dapat membantu melindungi badan dari penyakit dan kerosakan lain.
Memakan kulit bawang secara berkala akan mengurangkan risiko mengidap penyakit kardiovaskular seperti jantung, kanser usus, obesity (gemuk melampau), diabetis dan masalah penghadaman. Disamping itu, air rebusan dari kulit bawang dapat mengubati masalah kejang otot.
Berikut cara olahan kulit bawang sebagai amalan kesihatan ;
1. Potong kulit bawang secara nipis dan rebus seperti teh. Minum air rebusan kulit bawang tadi.
2. Perapkan kulit bawang beberapa minit dalam air panas dan minum.
3. Masukkan hirisan kulit bawang dalam masakan seperti gulai, sup atau apa sahaja makanan berkuah.
Tags: #air kulit bawang #bawang #Benarkah Kulit Bawang Mempunyai Manfaat Kesihatan? #cara masak kulit bawang #cara mengolah kulit bawang merah untuk stroke #kandungan kulit bawang #kandungan kulit bawang merah #khasiat kulit bawang #makan kulit bawang #manfaat kulit bawang #manfaat kulit bawang merah #manfaat kulit bawang putih #membawang #produk olahan kulit bawang #produk olahan pangan kulit bawang #sifat kulit bawang #ubat salur darah tersumbat