Apa Itu Rawatan Bekam?
Bekam atau ‘al-Hijamah’ adalah salah satu rawatan perubatan Islam yang melibatkan proses membuang darah kotor dan bertoksik yang berada di bawah permukaan kulit. Ianya adalah salah satu sunnah sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan pembakaran dengan api panas (kay). Sesungguhnya, aku melarang umatku daripada berubat dengan kay.” – Hadis Sahih Bukhari
Menurut portal Utusan Malaysia bertarikh 20 Oktober 2015, berbekam mungkin dilihat sebagai kaedah rawatan yang mengerikan bagi segelintir individu yang fobia terhadap darah. Tidak kurang juga ada yang ngeri apabila mengenangkan mereka perlu menanggung rasa pedih pada kulit ketika jurubekam melakukan proses vakum bagi mengumpulkan darah dalam cawan (cup) sebelum bekam dimulakan.
Ketakutan bertambah apabila memikirkan jarum menusuk ke kulit dan kesan luka pula divakum untuk mengeluarkan darah kotor yang berada di bawah permukaan kulit, mengalir masuk ke dalam cawan sewaktu proses bekam dijalankan.
Di negara kita, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif yang lain antaranya wanita tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah dalam badan berkurangan, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.
Disebabkan ketakutan tersebut, kaedah rawatan ini dalam masyarakat Malaysia seolah-olah dilihat ‘kurang popular’ meskipun telah dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.
Menurut Ketua Penyelidik Bekam Klinikal, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Kelantan, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail, satu kajian mengenai kesan bekam ke atas pengurangan risiko penyakit jantung melibatkan kumpulan individu yang sihat dan bagi kelompok yang mengalami masalah diabetes dan darah tinggi telah dijalankan.
Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi apabila lintah ini ditempelkan kepada badan manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.
Jenis-jenis Bekam Yang Perlu Anda Tahu
Rawatan bekam boleh dikategorikan kepada 3 kategori iaitu;
- Rawatan Bekam Kering
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
- Rawatan Bekam Basah
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi.
Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih. Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.
- Rawatan Bekam Api
Teknik ini sering kali dikenali sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untuk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.
Perbezaan Bekam Dengan Derma Darah
Seringkali ramai yang keliru, anda dua perkara ini. Namun, perbezaannya amat ketara dari segi prosesnya;
Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi daripada amalan rawatan ini antaranya ialah ;
- Membantu menghilangkan pening dan migrain.
- Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
- Membantu memecahkan lemak.
- Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
- Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar atau stroke.
- Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Rawatan perlu dibuat beberapa kali sehinggalah ia menampakkan hasil yang jitu.
Bilakah Waktu Dibolehkan Untuk Berbekam?
Waktu terbaik berbekam ialah pada 15, 17, 19 dan 21 bulan Qamariyah. Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21, maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”
– Hadis Riwayat Abu Daud
Mengenai hari-hari dalam seminggu, dari Nafi’ dari Umar r.a yang berkata;
“Wahai Nafi’ berbekamlah dengan berkat dari Allah s.w.t pada hari Khamis, berusahalah menghindari berbekam pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayub disembuhkan dari penyakit dan Allah s.w.t menimpakan penyakit padanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang biasanya muncul pada hari Rabu atau malam Rabu.”
– Riwayat Ibnu Majah
Apakah Kaedah Terbaik Bekam Menurut Islam?
Pada zaman Rasulullah SAW bekam menggunakan kaca atau mangkuk tinggi. Manakala pada zaman Cina kuno, mereka menggunakan tanduk. Manakala bagi orang-orang Eropah pada abad ke-18 pula, mereka menggunakan lintah sebagai alat bekam. Kini, zaman semakin canggih dan kaedah berbekam juga mengalami perubahan, iaitu menggunakan sayatan pisau, gelas udara kaca, gelas vakum, cupping set dan jarum lancet.
Apakah Kelebihan Rawatan Bekam?
Antara kelebihan bekam di antaranya ialah;
- Ia adalah amalan sunnah Rasulullah SAW yang sudah pasti elok diamalkan.
- Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan.
- Membuang angin, toksik, darah kotor, darah beku serta darah berpenyakit dalam badan.
- Meringankan otot-otot yang kejang dan tegang seterusnya menyegarkan badan.
- Mengeluarkan gula berlebihan yang tidak diperlukan dalam darah seterusnya menyembuhkan penyakit kencing manis atau diabetes.
- Tidak memberi peluang kepada mahkhluk halus untuk menjadikan tubuh anak Adam sebagai tempat tinggal mereka.
- Mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan dalam darah (sesuai kepada mereka yang mengalami penyakit gout)
- Mengeluarkan lemak berlebihan di dalam darah serta dapat menyembuhkan masalah berat badan berlebihan dan masalah jerawat.
- Membuang racun atau sihir dalam badan dan banyak lagi manfaatnya.
Adakah Orang Bukan Islam Boleh Berbekam?
Sejarah mencatatkan bahawa penduduk di negara China sudah lama mengamalkan kaedah rawatan bekam ini dalam pengubatan penyakit, selain masyarakat di Eropah.
Adakah Bekam Selamat Diamalkan?
Amalan bekam adalah sunnah Rasulullah SAW. Namun begitu, perlu diingatkan sebelum hendak berbekam adalah lebih baik anda memilih tempat atau pusat rawatan bekam yang sah, tidak melanggar syarak dan jurubekam yang benar-benar terlatih serta diakui kemahirannya.
Apa Yang Memungkinkan Kesan Sampingan Rawatan Bekam?
Tidak disangkal jika diamalkan dengan cara yang tidak betul, pasti ia mengundang kesan sampingan lain. Antara kesan sampingan yang boleh timbul ialah seperti jangkitan kuman serta penularan penyakit yang disebabkan oleh peralatan yang tidak disteril.
Kepada yang ingin mencuba kaedah rawatan bekam hendaklah terlebih dahulu mendapatkan khidmat nasihat dari pengamal perubatan tradisional serta doktor.
Adakah Terdapat Pantang Larang Dalam Berbekam?
Sebenarnya terdapat beberapa pantang larang dalam amalan ini antaranya ialah tidak boleh berbekam bagi mereka yang mengalami penyakit kulit, orang tua yang lemah fizikal, kanak-kanak dehidrasi, pesakit kanser darah, sering keguguran, orang gila, pesakit Hepatitis A dan B yang parah dan setelah muntah.
Selain itu, rawatan ini juga dilarang kepada pesakit yang baru mencuci darah, wanita hamil 3 bulan pertama, mereka yang baru menderma darah, tidak digalakkan juga berbekam ketika sangat kenyang atau sangat lapar, wanita yang sedang haid, mereka yang mengalami penyakit radang usus, ibu yang baru melahirkan anak dan lain-lain mengikut keadaan seseorang.
Tags: #adakah bekam selamat #amalan bekam #bekam #bekam dalam islam #bekam sembuhkan penyakit #beza bekam dengan derma darah #cara lakukan bekam #hari sesuai bekam #jenis bekam #kelebihan rawatan bekam #kenapa perlu bekam #kesan baik bekam #kesan sampingan bekam #khasiat berbekam #manfaat bekam #orang macam mana perlu berbekam #pantang larang bekam #rawatan bekam #sebab apa perlu bekam #sunnag rasulullah #waktu sesuai bekam