Dalam merakam gambar moment atau detik indah, kita sering terlepas pandang berkenaan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menekan tombol kamera.
Walaupun ia hanya satu kesalahan minima, tetapi kesalahan-kesalahan kecil ini akan menjadikan elemen dalam gambar anda tidak menarik!
- Pemandangan Tidak Terancang
Kadangkala, apabila kita menekan tombol kamera, kita kerap lupa untuk melihat dengan teliti apakah imej yang akan dirakam oleh kamera. Kemungkinan ia mempunyai sesuatu objek yang merosakkan gambar.
Sebagai contoh apabila mengambil gambar pemandangan cantik, imej sampah sarap pada satu sudut akan merosakkan gambar yang dirakamkan. Adalah lebih baik jika tiada unsur negatif dipamerkan sewaktu sesuatu gambar dirakamkan.
- Objek Menganggu Subjek Utama
Harus diingatkan, gambar yang sempurna sepatutnya tidak menganggu subjek utama yang ingin dirakamkan.
Walaupun gangguan itu dianggap sederhana dan subjek utama masih lagi kelihatan, adalah lebih jika subjek yang ingin kita rakamkan tidak diganggu objek lain. Ini dapat menyerlahkan lagi kualiti gambar yang dirakam oleh kamera anda.
- Garisan Horizontal
Kesalahan ini kerap kali dikesan apabila kita merakamkan pemandangan tepi pantai yang menampakkan garisan horizontal alam.
Kedudukan kamera dan subjek sepatutnya selari atau lurus sebelum sesuatu gambar dirakamkan. Sesetengah kamera, penggunaan Grid view pada fungsi kamera membantu kita mengatasi masalah ini.
Apa yang dijelaskan di atas merupakan kesalahan yang sering dilakukan semasa merakam gambar, anda boleh memahami dengan jelas dengan melihat gambar-gambar di bawah ini;
Semoga tips ini membantu anda merakamkan gambar yang lebih berkualiti dan menarik!
Tags: #cara rakam gambar #cara rakam gambar seperti fotografer pro #cara tangkap gambar #kesalahan dalam fotografi #kesalahan dalam merakam gambar #rakam gambar berkualiti #shoot like pro