Keaslian Jam G-Shock Di Pasaran
Pada masa sekarang, timbul banyak produk imitation (tiruan) yang dipasarkan meluas dipasaran. Hal ini tidak terkecuali dengan model jam Casio G-Shock. Bagi mereka yang ingin memiliki jam Casio G-Shock, adalah penting bagi mereka untuk mengetahui cara untuk membezakan jam G-Shock asli dengan tiruan.
Sebenarnya tidaklah susah untuk kita bezakan samada jam G-Shock tersebut adalah asli atau tiruan, terutama bagi mereka yang sudah biasa memakai jam G-Shock asli. Dengan hanya memegang dan melihat jam tersebut, mereka sudah dapat membezakannya.
Bagaimana Cara Mengenal Jam G-Shock Asli?
Di sini diberikan sedikit panduan berkenaan cara mengenalpasti keaslian jam G-Shock;
- Sila kenalpasti produk G-Shock yang akan ada beli terutama dari segi kod model jam tersebut. Contoh bagi model G-Shock kod GXW-56, anda boleh melihat versi ataupun model ini di website http://www.gshock.com/ . Jam G-Shock tiruan tidak mempunyai kod seperti G-Shock asli.
- Jam G-Shock tiruan tidak mempunyai fungsi yang sempurna seperti jam G-Shock asli. Anda boleh mencuba fungsi-fungsi tersebut sebelum membelinya.
- Kenalpasti model dan rekaan sebenar jam G-Shock yang ingin dibeli terutama dari segi kekemasan struktur rekaan, lampu LCD, tulisan pada casing dan paparan jam dengan berhati-hati.
- Jam G-Shock asli mempunyai kemasan yang cantik samada ia dipasarkan di Malaysia atau buatan luar negara. Selain rekaan yang kemas pada struktur jam G-Shock asli, kotak berbentuk bulat atau bersegi enam yang dibekalkan juga mempunyai rekaan yang kemas dengan kertas balutan hitam dengan tulisan yang detail. Warna jam G-Shock asli juga berbeza dari segi tone warnanya.
- Jika anda membeli jam G-Shock secara online, pastikan anda mendapatkan beberapa gambar jam G-Shock dalam posisi berbeza dan bertarikh atau masa. Ini kerana, berkemungkinan gambar jam G-Shock asli diambil dari website dan bukan jam G-Shock yang akan dijual kepada anda.
- Setiap kali anda membeli barang pasti ada warranty card atau kad jaminan daripada pengeluar. Ini memberikan anda jaminan jika berlaku kerosakan pada jangka masa yang tidak sepatutnya. Bahkan jaminan ini memberikan anda peluang mendapat kembali gantian barang yang telah rosak. Jika jam G-Shock anda adalah asli sudah pasti dibekalkan dengan kad jaminan.
- Casio G-Shock yang asli dilengkapi dengan tag yang tertera lambang G-Shock yang memberikan maklumat detail mengenai jam ini secara jelas.
- Setiap produk jam G-Shock yang asli dibekalkan dengan booklet manual dengan berbagai bahasa. Booklet ini dibekalkan mengikut model G-Shock.
- Akhir sekali, dicadangkan anda supaya membeli jam G-Shock ini di kedai jam yang sah supaya jam G-Shock yang anda beli adalah asli dan bukanlah produk tiruan atau imitation.
Tags: #Bagaimana Cara Mengenalpasti Jam G-Shock Asli? #cara elak dari terbeli jam tiruan #cara nak tahu g-shock asli atau tidak #jam g-shock #jam g-shock imitation #jam g-shock tiruan #tips mengenal jam g-shock asli