Islam tidak mengabaikan keadaan darurat dalam kehidupan. Islam menyedari bahawa pentingnya penyelesaian dalam menghadapi hal-hal berkaitan darurat. Maka dengan itu, Islam membenarkan muslim memakan makanan yang haram dengan tujuan untuk menyelamatkan diri dari kematian kerana terpaksa.
Darurat dalam hukum Islam : Keadaan sulit dan terpaksa yang tidak dapat dihindarkan dan sangat membahayakan keselamatan orang. Menjadi sebab adanya keringanan atau penghapusan beban hukum selama keadaan darurat itu belum hilang. Dalam keadaan darurat, seseorang dibolehkan melakukan sesuatu yang tadinya dilarang. Ahli Ushul Fiqh (Hukum Islam) menentukan kaidah “Darurat itu membolehkan apa yang dilarang”.
Dalam soal ini Allah SWT berfirman :
“… Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. 2 : 173).
Namun perlu diingatkan bahawa seseorang itu dibolehkan untuk memakan makanan haram dalam keadaan darurat dengan syarat ia bukanlah perbuatan segaja. Makanan tersebut tidak boleh juga dimakan berlebihan dan hanya perlu untuk meneruskan kehidupan.
Seseorang muslim itu tidak semestinya terus menyerah kepada prinsip itu. Dia tetap perlu berusaha untuk bertahan hidup dengan mencari makanan halal agar tidak menjadi kebiasaan memakan makanan haram atau mulai menikmatinya dengan alasan keadaan yang mendesak.
Walaupun ia seakan-akan melanggar hukum Islam itu sendiri, tetapi ia bertujuan untuk memudahkan kehidupan, mengurangi tekanan, meringankan beban dan penderitaan yang disebabkan oleh ajaran agama dan sistem hidup selain Islam.
Maka Benarlah firman Allah SWT:
“… Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu…“ (QS. 2 : 185)
“… Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.” (QS. 5 : 6)
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS. 4 : 28)
Hukum memakan kala jengking, ular, gagak, tikus, biawak dan cicak
Semua haiwan yang diperintahkan untuk dibunuh tanpa melalui proses penyembelihan adalah haram dimakan. Seandainya haiwan-haiwan tersebut halal untuk dimakan, sudah tentu Nabi SAW tidak akan mengizinkan haiwan itu dibunuh.
Rasulullah SAW bersabda:
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فَي الْحِلِّ وَالْحَرَمِ: اَلْحَيَّةُ وَالْغُرَابُ الْاَبْقَعُ وَالْفَأْرَةُ وَالٍْكَلْبُ وَالْحُدَيَّا
“Ada lima (binatang) yang fasik boleh dibunuh baik dia berada di daerah halal (selain Mekkah) maupun yang haram (Mekkah): Ular, gagak yang belang, tikus, anjing, dan rajawali ” (HR. Muslim)
Saksikan gambar menarik dibawah
Gambar ini menceritakan latihan ketenteraan yang memerlukan ketahanan diri untuk memakan makanan haram.
Tags: #dalil haram dan halal #gambar cerita askar makan ular #haram dan halal #latihan ketahanan makan ular sawa #makan ular