Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang menyebabkan keradangan dan penyempitan saluran udara, mengakibatkan pesakit berdehit, sesak dada, sesak nafas dan batuk, yang biasanya berlaku pada waktu malam atau awal pagi.
Punca asma masih tidak difahami sepenuhnya tetapi faktor risiko utama adalah bahan tersedut yang mencetuskan tindak balas alahan atau merengsakan saluran udara. Ini termasuk asap dan alergen seperti debu hama dan haiwan peliharaan.
Kira-kira 300 juta orang di seluruh dunia menghidap asma dan angka ini dijangka meningkat kepada 400 juta menjelang tahun 2025. Ia membawa bebanan yang ketara kepada pesakit dan ahli keluarga, kerana penyakit asma menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan dalam gaya hidup dan membataskan aktiviti harian mereka sepanjang hayat.
Di Malaysia, sebanyak 4.5 peratus orang dewasa menghidapi asma. Kualiti hidup sebilangan besar pesakit asma terjejas kerana kurang mendapat rawatan dan mereka tidak dapat bekerja atau bersekolah disebabkan serangan asma yang tidak dapat dikawal.
Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma?
- Dudukkan anak secara menegak dan tenangkannya.
- Minta bantuan segera daripada orang sekeliling anda (4-6 puffs).
- Untuk serangan yang tidak teruk, beri anak ubat pelega 4 hingga 6 jam sekali atau bergantung kepada gejalanya.
- Sekiranya anak anda perlu ubat pelega lebih kerap dan kurang dari 4 jam, bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera.
- Teruskan pemberian ubat pencegah seperti yang telah disarankan.
Selain itu, ada juga tips perkongsian melalui pengalaman seorang rakan yang bermasalah mengalami lelah kronik yang memintanya mencampurkan air panas dan Vicks lalu menyedutnya ketika mengalami gejala tersebut. Justeru, jika anda bermasalah lelah dan memerlukan nebulizer dalam keadaan kecemasan, campuran air panas dan Vicks boleh membantu.
Kesan Bahaya Diserang Asma
- Pesakit boleh tersekat nafas dan mengakibatkan kematian.
- Kerosakan saraf otak akibat kekurangan oksigen yang berpanjangan.
Tags: #Apa yang patut anda lakukan semasa serangan asma? #asma #asma nak buat apa #kena asma apa nak buat #Kesan Bahaya Diserang Asma #panduan diserang asma #penyakit asma #rawatan kecemasan asma #rawatan kecemasan lelah kronik #sakit lelah asma #serangan asma #tips serangan asma