Kaedah ternakan ayam secara bebas ini amat menarik berbanding cara biasa. Kaedah ternakan ayam secara bebas ini telah lama diamalkan diluar negara. Ia sangat popular berbanding ternakan secara kandang tertutup kerana hasilnya kualiti daging ayam yang diternak secara bebas dikatakan lebih berkualiti, kurang lemak berbanding ternakan cara komersil di dalam kandang. Selain itu, harga bagi ayam yang diternak secara terbuka lebih tinggi berbanding harga daging ayam biasa.
Ternakan ayam secara tertutup akan memberikan kadar tumbesaran ayam yang cepat kerana ayam kurang bergerak (padat). Ayam tidak menggunakan tenagan dan hanya makan pada setiap waktu.
Berbeza dengan ternakan ayam secara bebas memberikan ruang ayam untuk bergerak dan membesar dengan kadar semulajadi. Di negara barat, ternakan secara bebas ini amat digalakkan kerana ia lebih menjaga kebajikan haiwan berbanding ternakan secara tertutup yang dikatakan lebih zalim.
Lihat gambar menarik kaedah ternakan secara komersil terbuka
Tags: #beza ternak ayam kandang terbuka dan tertutup #cara bela ayam luar negara #free range chicken #gambar ladang ayam daging #gambar ternakan ayam luar negara #perniagaan bela ayam #ternak ayam dalam kandang terbuka