Kalau berkunjung ke Terengganu, tidak lengkap rasanya jika anda tidak singgah di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. Pasar Besar Kedai Payang terletak di dalam bandar Kuala Terengganu. Lokasi utama tumpuan pelancong ini juga terletak berhampiran Sungai Terengganu dan kemudahan hotel juga tersedia di sekitar kawasan Pasar Besar Kedai Payang ini memudahkan anda untuk mencari tempat menginap berhampiran. Kemudahan pengangkutan awam seperti teksi juga mudah didapati di sini.
Pasar ini mempunyai kawasan lot jualan yang sangat luas dan anda mungkin memerlukan masa sekurang-kurangnya 2 jam untuk menghabiskan masa meninjau, melihat barang-barang yang dijual di sini. Antara barangan utama yang dijual di sini adalah seperti;
- Sutera batik buatan Terengganu
- Kraftangan
- Batik buatan Terengganu
- Kain pasang
- Kain sarung
- Songket buatan Terengganu
- Pakaian
- Barangan tembaga
- Permainan
- Makanan tempatan
- Cenderahati
- Makanan segera
- Peralatan dapur
- Makanan eksotik seperti telur penyu
Songket sememangnya sangat sinonim dengan Pasar Besar Kedai Payang. Pelbagai rekaan songket tenungan tangan bermula dengan harga RM200 sehingga RM8,000 sehelai boleh didapati di sini. Selain songket, batik Terengganu juga boleh anda dapati di sini dengan pelbagai rekaan lukisan batik yang sangat cantik dan menarik bermula dari harga RM280 sehingga RM400 sehelai bergantung kepada seni halusan rekaan batik. Namun, harga tersebut boleh dirunding melalui cara tawar menawar.
Laman sosial : https://www.facebook.com/PASAR-PAYANG-TERENGGANU
Rating :
Lokasi 9/10
Surf 8/10
Stuff 10/10
Price 8/10
Tags: #apa menarik di pasar payang #batik sutera terengganu #batik terengganu #kraftangan pasar payang #menarik di terengganu #pasar kedai payang #pasar payang #rekaan songket pasar payang #songket di pasar payang #sutera terengganu #telur penyu pasar payang #tempat pasar kedai payang