Perjalanan daripada KLIA ke Tawau mengambil sama lebih kurang 2 jam penerbangan. Apa yang menarik di sana menjadi tanda tanya dalam hati saya sewaktu dalam perjalanan ke Tawau, Sabah.
Perjalanan dari airport Tawau menaiki kenderaan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Di sini kalau jam 11.00 malam sudah agak sunyi juga disamping waktu siang yang cepat berbanding semenanjung.
Kalau jam 6.00 pagi tu, dah macam pukul 8.00 pagi kat semenanjung. Kadangkala kompius juga kalau nak kunci alarm jam ni. Maklumlah subuhnya awal dan begitu juga dengan waktu solat Maghrib.
Apa yang perlu saya lakukan apabila tiba di sana ialah mencari tempat menginap yang mempunyai kemudahan selesa dan mengenakan harga yang berpatutan. Itu yang penting! Maka, saya telah memilih Hotel Shervinton, terletak di Jalan Bunga, Tawau. Rate dalam lingkungan RM128++ sahaja.
Aktiviti makan malam dipenuhi dengan masakan seafood. Maaflah kerana tiada gambar untuk attach kat sini. Tapi apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah kepada penggemar seafood bolehlah datang ke sini untuk menjamu selera kerana harga seafood di sini agak murah jika dibandingkan dengan semenanjung.
Jadi sila jangan lepaskan peluang mencari medan ikan bakar untuk memuaskan nafsu makan anda. Jangan lupa cari kedai yang menyediakan masakan yang bersih dan halal. Itu yang mustahak.
Gambar suasana sekitar Pekan Tawau, Sabah
Tags: #apa ada di tawau #Hotel Shervinton #makan seafood di tawau sabah #pekan tawau sabah #tawau