Anda Lelaki & Nak Jadi Sado? Ini 3 Pusat Gimnasium Milik Artis Popular Malaysia

Gimnasium

Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, pusat kecergasan atau gimnasium banyak dibuka di pusat membeli-belah ataupun bangunan-bangunan milik persendirian.

Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, gimnasium atau nama ringkasnya iaitu gim menjadi lokasi orang ramai untuk bersenam dan mengeluarkan peluh pada hari ini.

Selain golongan biasa, terdapat beberapa artis tempatan turut membuka gim sendiri sebagai punca pendapatan mereka.

Nak tahu siapa artis tersebut, jom baca artikel ini.

1. Expendables Gym

Kalau hendak tahu, Expendables Gym ini dimiliki oleh pelakon popular, Fattah Amin bersama rakan-rakannya. Sebelum berpindah ke Kota Damasara awal tahun ini, pusat kecergasan yang memulakan operasi pada 2015 ini terletak di Kelana Jaya. Gim yang dibuka setiap hari bermula pukul 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam ini menggenakan yuran bulanan sebanyak RM89.00 untuk golongan dewasa manakala pelajar sekolah atau universiti dikenakan RM79.00 setiap seorang. Paling menarik, pusat kecergasan ini menyediakan kelas seni pertahanan diri dan jurulatih secara percuma buat para pelanggan yang menggunakan perkhidmatannya.

2. Sharnaaz Ahmad Fitness Center

Pelakon Suamiku Encik Sotong ini turut tidak ketinggalan menjalankan bisnes berasaskan pusat kecergasan yang diberi nama Sharnaaz Ahmad Fitness Center. Gim ini dibuka seawal 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap sehari Isnin hingga Sabtu (kecuali Ahad). Beroperasi di Segambut Bahagia, Kuala Lumpur, gim ini mengenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 bagi setiap ahli manakala bayaran untuk walk in adalah RM5.00 dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang dan RM7.00 pula bermula pukul 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Selain kelengkapan untuk bersenam, gim ini turut menyediakan kelas Zumba dan kafe kecil.

3. Mr Sado Gym & Fitness Center

Terletak di Taman Sri Manja, Petaling Jaya, Mr Sado Gym & Fitness Center ini diasaskan oleh pelakon bertubuh sasa iaitu Norman Hakim. Dibuka pada Ogos 2015, gim berkenaan beroperasi setiap hari iaitu Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi-12.00 tengah malam) dan Sabtu hingga Ahad (10.00 pagi-10.00 malam). Menariknya, gim ini turut memperkenalkan waktu khas untuk wanita sahaja yang dikenali sebagai Hawa Day yang diadakan setiap hari Sabtu bermula 10.00 pagi hingga 6.00 petang dimana pelanggan lelaki tidak dibenarkan masuk pada waktu berkenaan.

azlan-150x150 Anda Lelaki & Nak Jadi Sado? Ini 3 Pusat Gimnasium Milik Artis Popular Malaysia

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #artis sado #Bisnes Artis Malaysia #Expendables Gym #gimnasium artis #Gimnasium Milik Artis Malaysia #Mr Sado Gym & Fitness Center #Sharnaaz Ahmad Fitness Center

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Anda Lelaki & Nak Jadi Sado? Ini 3 Pusat Gimnasium Milik Artis Popular Malaysia"