Tips Mengajar Anak Tidak Suka Makan Sayur
Sayur dan buah-buahan bukanlah makanan kegemaran kanak-kanak. Secara statistik perilaku tersebut sudah memang sudah menjadi fenomena baik di Malaysia mahupun di negara-negara lain. Sebenarnya sayur adalah makanan yang banyak menyumbang kepada kebaikan kesihatan. Disebabkan rasanya yang pahit dan tidak sedap menjadi alasan kepada kanak-kanak untuk tidak menikmatinya bersama hidangan makanan lain.
Keadaan ini bukan sahaja merisaukan ibu bapa tetapi buntu untuk mencari cara bagi menarik minat anak-anak untuk memakan sayur. Antara tip yang boleh menggalakkan anak makan sayur adalah seperti berikut:
- Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur
Untuk buah hati anda yang tidak suka dengan sayur, meski telah dipaksa, jangan sekali-kali menghukumnya kerana hal ini menjadi trauma baginya dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya.
- Beri pujian
Jika buah hati anda makan sayuran, puji dan tunjukan sikap positif. Jadikannya suatu kebiasaan bukan paksaan dan hukuman.
- Perlu kreatif
Jika hendak galakkan anak memakan sayur, ibu perlu kreatif menyediakan makanan yang berasaskan sayur. Anda boleh memotong sayur atau buah mengikut bentuk yang menarik seperti kiub atau memanjang. Hias dalam pinggan dengan selang-selikan warna sayuran.
- Pelbagaikan cara masakan
Cuba pelbagaikan masakan agar anak tidak mudah bosan. Untuk kelainan boleh panggang lauk dan hiaskan dengan sayur. Boleh juga jadikan sayuran sebagai salad dan dicampur dengan buah kegemaran anak.
- Makan bersama anak dan menjadi contoh
Kalau ibu bapa sendiri tidak makan sayur, bagaimana anak ingin makan sayur? Anda sendiri kena tunjukkan tabiat makan yang betul kerana anak-anak anda memerhatikan anda dan mungkin mengajuk semula tindak-tanduk anda. Sambil makan, galakkan anak dan berceritalah mengenai kebaikan makan sayur.
- Hidangan kudapan
Jadikan sayur dan buah sebagai pengganti makanan ringan. Boleh buat sebagai kudapan ketika menonton televisyen atau ketika beriadah. Cara ini lebih baik daripada membiarkan anak makan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
- Libatkan anak-anak
Galakkan anak-anak membeli, memasak dan menyediakan makanan. Aktiviti ini pasti menyeronokkan. Libatkan anak-anak semasa membeli belah atau ajak mereka sama-sama menanam sayur atau buah di kebun, sekiranya ada. Pilih makanan yang kaya dengan nutrien. Bantu anak memilih satu atau dua bungkusan makanan snek kegemaran mereka yang kaya dengan nutrien untuk dibawa ke sekolah.
Mahu mengikut rentak anak-anak supaya mendengar kata, bukanlah susah. Kalau gunakan cara yang betul dan sedikit ilmu dalam psikologi, bukan setakat makan sayur, perkara lain juga akan senang diajar supaya menjadi kanak-kanak yang berdikari.
Tags: #ajar anak makan sayur #anak tidak mahu makan sayur #anak tidak makan sayur #cara mengatasi anak yang tidak suka makan sayur #cara menggalakkan anak makan sayur #didik anak makan sayur #kenapa anak tak makan sayur #makan sayur #mendidik anak makan #sayuran #tips supaya anak suka makan sayur