Secara ringkasnya dikongsikan beberapa amalan surah daripada Al-Quran yang boleh diamalkan oleh seorang ibu yang bakal melahirkan anak. Insyallah ia akan memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu dan mereka yang akan melahirkan cahaya mata.
- Surah Al-Fatihah : Untuk diberikan keterangan hati dan kuat daya ingatan
- Ayat Kursi : Mengelakkan gangguan iblis dan syaitan laknatullah
- Surah Maryam : Supaya Allah S.W.T memberikan kita anak yang sabar dan tabah
- Surah Luqman : Supaya Allah S.W.T memberikan kita anak yang cerdik akal dan cerdik jiwanya
- Surah Yusuf : Supaya Allah S.W.T memberikan kita anak yang cantik rupa dan cantik akhlak
- Surah Al-Anbiya : Ayat 87 (Doa Nabi Yunus dalam perut ikan paus)
- Surah ‘Abasa : Ayat 20 dan ayat 35
- Surah Al-Ahqaaf : Ayat 35
- Surah An-Naziat : Ayat 46
- Surah An-Nahl : Ayat 78 hingga 80 – Supaya Allah S.W.T memberikan kita anak yang berdisiplin
- Selain daripada itu, ibu-ibu juga digalakkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah S.W.T untuk memohon perlindungan daripada kesakitan semasa bersalin kelak.
- Banyakkanlah memohon maaf dengan kedua orang tua dan suami, ia juga mujarab untuk kita amalkan.
Tags: #amalan surat terbaik ibu mengandung #amalan terbaik semasa mengandung #bacaan surah terbaik semasa mengandung #doa ibu hamil 4 bulan #doa maryam untuk mudah bersalin #koleksi surat semasa mengandung #makanan ibu mengandung #petua amalan baik ibu mengandung #surah amalan kepada ibu mengandung #surah maryam untuk ibu mengandung #surah yusof untuk ibu mengandung #zikir ibu mengandung