Adakah Anda Seorang Wanita Yang Obses Dengan Kecantikan? Ini Pesanan Untuk Anda!

Obses Dengan Kecantikan

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh S.A.W kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Di situlah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.

Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.

Lumrah Kaum Wanita

Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang anak gadis yang cantik berubah rupa menjadi menakutkan. Ia gara-gara menggunakan produk kecantikan tiruan atau yang telah dicampurkan dengan bahan kimia tertentu. Kita juga sering mendengar ada anak gadis, malah wanita matang yang obses dengan kecantikan. Wang dilaburkan untuk sentiasa kelihatan cantik. Berbelanja duit untuk membeli barangan solek, krim kulit, rawatan spa dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah bagi setiap manusia untuk kelihatan cantik. Berhias diri tidaklah salah, tetapi jika terlalu obses dengan kecantikan, kesannya boleh memudaratkan.

Ciri-ciri Wanita Obses Dengan Kecantikan

Berikut antara ciri-ciri dan masalah yang dialami oleh mereka yang obses dengan kecantikan :

  1. Lebih kerap berada di hadapan cermin bagi memastikan mereka kekal cantik dan menawan.
  2. Akan berasa malu dan ragu-ragu apabila berasakan ada kekurangan tertentu pada diri sendiri.
  3. Kadangkala cuba membandingkan keadaan diri sebenar dengan ciri-ciri yang sepatutnya yang diingini.
  4. Selalu ingin mendapat pendapat atau persetujuan orang lain bahawa kekurangan yang ada pada dirinya tidaklah seberapa.
  5. Berdandan secara berlebihan.
  6. Menggunakan mekap secara berulang kali.
  7. Seringkali mendapatkan rawatan dan temu janji dengan ahli kosmetik dan dermatologist.
  8. Bersenam bersungguh-sungguh dan berdiet untuk dapatkan bentuk tubuh ideal yang didambakan.

Menghadapi Masa Tua

Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik menghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.

Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasulullah S.A.W wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia. Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.

Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manusia selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah.

Loading...

Tags: #Ciri-ciri Wanita Obses Dengan Kecantikan #kecantikan wanita #kelebihan orang cantik #pesanan untuk orang cantik #pesanan untuk wanita #wanita cantik #wanita mahu cantik #wanita obses kelihatan cantik

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah

Comments are closed.