Ketahui Kategori Visa Dan Permit

Passport Malaysia

Apakah visa dan fungsinya

Visa adalah dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh sesebuah Negara tujun melalui salah satu perwakilanya. Visa kebiasaan dipohon melalui pejabat kedutaan Negara berkenaan yang berada di Malaysia. Ia mengandungi dokumen yang membenarkan kita untuk berkunjung ke Negara atau wilayah di dalam Negara berkenaan atas tujuan tertentu dalam jangkamasa yang telah ditentukan. (Ketahui negara yang tidak memerlukan VISA untuk rakyat Malaysia pergi melancong)

Visa berfungsi sebagai surat kebenaran melakukan perjalanan ke suatu Negara dan dokumen ini hendaklah dipamerkan apabila anda masuk melalui pintu imigresen seperti pelabuhan laut, laluan darat dan lapangan terbang. Visa boleh dikategorikan kepada beberapa jenis dan tujuan antaranya ialah seperti berikut :

Visa kunjungan sementara untuk kunjungan keluarga (Relatives Permit)
Jenis visa ini digunakan bagi mereka yang mempunyai keluarga atau sanak saudara kandung berada di luar Negara. Kebiasaanya, jika ingin berkunjung ke Negara yang memerlukan visa, anda haruslah menguruskan visa terlebih dahulu. Tempoh maksima perjalanan melalui visa biasanya adalah selama 90 hari atau 3 bulan. Antara syarat memohon visa ini adalah anda perlu mempunyai jemputan dari keluarga yang berada di Negara yang bakal dikunjungi dan pernyataan bahawa keluarga anda di sana akan bertanggungjawab selama anda berada dan tinggal di Negara tersebut.

Visa kunjungan sementara untuk tujuan melawat (Tourist Visa)
Visa jenis biasanya dipohon oleh mereka yang ingin ke sesebuah Negara atas tujuan melancong. Visa jenis boleh dipohon oleh sesiapa sahaja dengan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh sesebuah Negara yang bakal dilawati. Oleh sebab demikianlah, visa jenis ini adalah paling popular kerana ia paling banyak dipohon.

Visa kunjungan sementara untuk tujuan perniagaan (Business Visa)
Visa jenis ini dipohon oleh mereka yang sering keluar Negara atas dasar perniagaan, menghadiri seminar perniagaan, pameran atau mempunyai sesuatu ikatan perjanjian perusahaan perniagaan di Negara berkenaan.

Visa Kerja (Work Visa)
Visa jenis diperlukan bagi mereka yang bekerja di sesebuah Negara dalam suatu jangka masa yang lama sehingga bertahun-tahun. Ia juga merupakan asas untuk mendapatkan status penduduk tetap atau Permanent Resident (PR). Penamatan tempoh visa ini hanya berlaku apabila kontrak kerja di Negara berkenaan ditamatkan. Selepas tempoh tersebut, mereka ini perlu pulang ke Negara asal sebelum memohon visa kerja yang baru.

Visa Transit (Transit Visa)
Visa ini digunakan jika anda ingin melakukan transit di sebuah Negara sebelum mencapai Negara tujuan. Visa ini kadangkala terbatas dari segi kawasan atau tempat transit seperti kawasan lapangan terbang (Airport transit visa). Pengguna visa ini tidak boleh keluar, menginap diluar kawasan yang telah ditetapkan sementara menunggu penerbangan ke Negara tujuan. Visa jenis biasanya digunakan pada jangka masa singkat (beberapa jam atau sehingga maksima 5 hari) sebelum menaiki pesawat ke penerbangan seterusnya.

Visa Belajar (Study Permit)
Visa jenis ini digunakan oleh mereka yang belajar di universiti atau kolej yang diiktiraf di Negara tujuan. Visa ini lebih cenderung dipohon oleh pelajar-pelajar dan tempoh sah visa ini adalah sehingga tamat pengajian termasuk pada waktu cuti semesta belajar.

Visa Pertukaran Pelajar (Exchange Permit)
Visa ini diperlukan bagi mereka yang mengikuti program pertukaran pelajar antara sekolah atau kampus di Negara tujuan. Tempoh sah visa ini cuma beberapa bulan sahaja atau selama program masih tersebut berlangsung. Setelah tamat program ini, mereka yang menggunakan visa ini perlu pulang ke Negara asal.

Visa Ketibaan (Arrival Permit)
Visa jenis ini dibuat sewaktu memasuki sesuatu Negara atau wilayah Negara tujuan. Visa ini dikeluarkan oleh Negara tujuan yang mempunyai hubungan baik dengan Negara asal pemohon. Proses permohonan visa ini dipermudahkan dan tidak perlu dipohon sebelum melakukan perjalanan seperti visa-visa lain.

Visa Diplomatik (Diplomat Visa)
Para diplomat atau pegawai kedutaan menggunakan visa ini untuk melakukan perjalanan ke Negara tujuan.

Visa Keluar (Exit Visa)
Pemegang visa ini perlu melakukan perjalanan ke luar Negara seperti yang dinyatakan dalam syarat pengeluaran visa sahaja. Visa jenis ini dibuat bagi seorang warganegara asing yang harus keluar dari suatu negara atas kes tahanan atau dipenjara. habis ditahan/ dipenjara. Pemegang yang mempunyai visa ini dilarang daripada memasuki negaranya sendiri atas tujuan tertentu. Kebiasaannya pemilik visa ini adalah mereka yang melakukan jenayah atau dibuang Negara pada tempoh yang disyaratkan dalam visa yang dipegang.

Visa Khas Korporat (Corporate Permit)
Visa jenis ini perlu dipohon oleh mereka yang bekerja di suatu badan antarabangsa. Pemilik visa ini biasanya mereka yang mewakili Negara asal hingga ke peringkat antarabangsa.

Visa Khas Perniagaan (Business Permit)
Visi ini berbeza dengan visa perniagaan biasa. Pemilik visa ini biasanya mempunyai ikatan perniagaan di Negara tujuan. Antara contoh pemilik visa ini adalah indivdu warganegara yang mempunyai suatu perniagaan yang besar di Negara tujuan.

Loading...

Tags: #apakah visa #cara melancong ke 160 buah negara #definisi visa malaysia #fungsi visa #guna passport ke luar negara #jenis-jenis visa utama #kategori permohonan visa #kategori visa dan tujuan #melancong ke negara tidak perlu visa #pengertian visa #Pengguna passport antarabangsa Malaysia #perbezaan visa #pergi melancong luar negara #permit kerja #senarai negara tak perlu visa #senarai panjang negara tanpa perlu visa #tujuan visa #visa antarabangsa #visa dan permit luar negara

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Ketahui Kategori Visa Dan Permit"