Senarai Semak Memohon Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan

Housing Loan Pictures

Berikut adalah senarai semak dan panduan untuk pembiayaan semula pinjaman perumahan :

1. Dapatkan maklumat mengenai gadai janji semasa. Anda harus mendapatkan maklumat yang berikut dari pihak bank.

  • Jumlah kira-kira atau ringgit tertunggak yang ditinggalkan di gadai janji.
  • Baki bilangan tahun ke atas gadai janji.
  • Kadar faedah ke atas pinjaman sedia ada.

2. Dapatkan maklumat mengenai pinjaman baru yang ingin anda mohon.

Bagi pinjaman baru, anda perlu mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara berikut :

  • Syarat dan terma atau tempoh yang ditawarkan oleh pinjaman baru.
  • Kadar faedah ke atas pinjaman baru.

3. Dapatkan kos pembiayaan semula.

Antara kos untuk pembiayaan semula adalah seperti berikut :

  • Yuran pemprosesan atau yuran permohonan.
  • Yuran cek kredit.
  • Yuran guaman.
  • Duti setem.
  • Pengeluaran yuran.
  • Yuran penilaian.
  • Yuran penebusan (jika berkenaan sahaja).

Selain itu juga, anda boleh menyemak kadar pinjaman terkini yang ditawarkan oleh pihak bank menggunakan aplikasi dalam telefon pintar. Aplikasi ini boleh anda download secara percuma di Google Play Store. Aplikasi percuma ini memaparkan tawaran terkini oleh bank-bank di Malaysia dan ia dikemaskini setiap hari. Sebagai contoh, berikut merupakan screenshoot tawaran pinjaman pada tarikh 11 November 2016. Maklumat kadar terbaru ini akan memberikan peluang anda memilih kadar terbaik tanpa perlu berkunjung di setiap cawangan bank-bank berkaitan.

  • Home Loan

Aplikasi-home-loan-300x300 Senarai Semak Memohon Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan

logo-150x150 Senarai Semak Memohon Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Senarai Semak Memohon Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan

Loading...

Tags: #aplikasi semak kadar pinjaman rumah terkini #cara mohon pembiayaan semula pinjaman rumah #ceklist pembiayaan semula rumah #senarai semak pembiayaan semula pinjaman rumah

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Senarai Semak Memohon Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan"