Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki

Kanser Prostat

Kalenjar prostat

Prostat adalah kelenjar kecil di pelvis lelaki yang merupakan sebahagian daripada sistem pembiakan. Prostat terletak di bawah pundi kencing di hadapan rektum. Kelenjar prostat mengelilingi uretra terusan yang membawa air kencing dari pundi kencing ke zakar. Prostat menghasilkan cecair yang membantu menyuburkan dan melindungi sperma. Apabila ejakulasi, prostat merembeskan cecair ini ke uretra. Fluid yang dirembeskan akan mengalir bersama-sama dengan sperma sebagai air mani.

Menurut data WHO, kanser prostat adalah kanser yang paling biasa kedua di kalangan lelaki. Adalah dianggarkan bahawa kira-kira 1.1 juta lelaki di seluruh dunia telah didiagnosis mendapat kanser prostat dan seramai 307,000 pesakit kanser prostat telah meninggal dunia pada tahun 2012.

Apakah punca punca kanser prostat?

Sehingga kini, penyebab utama kanser prostat masih tidak diketahui begitu juga dengan bagaimana untuk mengelakkan daripada terkena kanser prostat. Namun, faktor yang boleh mendorong ke arah risiko pembentukan kanser prostat adalah seperti berikut :

  • Risiko kanser prostat meningkat dengan faktor usia. Peningkatan yang cepat berlaku selepas umur 50 tahun. Lebih dari 80% kanser prostat didiagnosakan pada lelaki berusia 65 tahun atau warga emas.
  • Anda lebih berisiko mendapat kanser prostat jika mempunyai ayah atau adik-beradik lelaki yang pernah mendapat kanser prostat.
  • Paras hormon testosteron (hormon seks lelaki) yang tinggi mungkin mencepatkan pembentukan kanser prostat.

Apakah tanda-tanda awal penyakit kanser prostat?

Kanser prostat mungkin tidak menyebabkan  simptom apa-apa pada peringkat awal. Gejala kanser prostat akan berlaku apabila prostat adalah terlalu besar atau bengkak dan mula menjejaskan uretra. Sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala-gejala yang timbul apabila ini berlaku ialah :

  • Kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam
  • Kesukaran semasa membuang air kecil atau air kencing yang tertahan
  • Tidak boleh mengeluarkan air kencing
  • Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat
  • Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing
  • Terasa sakit (senak) ketika air kencing keluar
  • Terdapat darah dalam air kencing atau air mani
  • Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha.

Ketahui empat tahap dalam merebaknya kanser prostat

Tahap ini diambil kira dari segi saiz tumor tersebut, sama ada nod limfa telah dijangkiti atau sama ada tumor tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.

  1. Tahap 1 : Kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
  2. Tahap 2 : Kanser masih berada dalam kelenjar prostat, tetapi kebengkakan boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.
  3. Tahap 3 : Kanser telah pecah melalui selaput prostat dan kemungkinan besar telah merebak ke bahagian seminal.
  4. Tahap 4 : Kanser telah merebak ke bahagian pelvis (tulang pinggul), atau telah merebak ke nod limfa atau bahagian-bahagian badan yang lain, seperti tulang, hati atau paru-paru.

Bagaimanakah cara untuk mengesan kanser prostat?

Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalan kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.

Apakah rawatan yang dijalankan kepada pesakit kanser prostat?

Kanser prostat pada peringkat awal boleh disahkan dengan kaedah biopsi jarum halus. Kanser prostat peringkat akhir pula didiagnosis dengan ujian darah dan pemeriksaan rektum. X-ray pundi kencing dan tulang juga digunakan bagi menentukan sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain badan atau belum. Selain itu, diagnosis juga dilakukan dengan CT scanning dan magnetic resonance Imaging (MRI).

Rawatan kanser prostat adalah melalui pembedahan prostat dan radioterapi. Lebih awal kanser prostat dikesan, lebih besar peluang pesakit untuk pulih sepenuhnya. Tetapi jika kanser tersebut masih berada pada peringkat awal dan tidak menyebabkan apa-apa tanda, pesakit boleh memilih mengubatinya dengan pengambilan langkah berhati-hati seperti pengambilan supplement sesuai. Walaubagaimanapun, jika kanser itu dikesan telah merebak ke tulang, maka kanser tersebut tidak dapat diubati. Rawatan yang dilakukan hanyalah untuk memanjangkan jangka hayat dan mengurangkan gejala kanser.

prostat-bengkak Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki

logo-150x150 Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki

Loading...

Tags: #apakah tahap kanser prostat #bagaimana kanser prostat boleh berlaku #cara rawatan kanser prostat #dimana kalenjar prostat lelaki #faktor mendorong kanser prostat #kanser pada lelaki #kesan kanser prostat #punca kanser prostat #sebab terjadi kanser prostat #siapa yang boleh terkena kanser prostat #simptom kanser prostat #tanda tanda awal kanser prostat

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Punca, Tanda Awal Kanser Prostat Lelaki"