Jika anda berada di Chendering, Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke kedai makan Warong Dillah yang terletak berhampiran jalan utama iaitu jalan pantai menuju ke Dungun. Ia terletak di sebelah kanan jalan utama daripada jambatan Kuala Ibai dan bandar Kuala Terengganu. Antara menu yang menarik di sini adalah menu masakan pagi seperti nasi kerabu, nasi lemak ikan tongkol, mee goreng dan terdapat juga kuih-muih tempatan seperti pulut panggang, kuih kayu keramat dan lain-lain.
Kedai makan ini juga merupakan salah satu warung yang menjadi tumpuan utama penduduk sekitar terutamanya pada waktu pagi. Kebiasaannya, pengunjung akan mula memenuhi kedai untuk membeli juadah di sini antara jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Kedai makan ini dibuka pada hari Sabtu hingga Rabu dan ditutup pada Khamis hingga Jumaat. Kedai makan ini boleh dijadikan salah satu tempat makan pagi yang menarik jika anda melalui ataupun singgah di Chendering ini. Harga makanan yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan dan rasanya pasti tidak akan mengecewakan anda. Selamat mencuba!
Rating :
Lokasi 8/10
Makanan 9/10
Layanan 8/10
Harga 9/10
Tags: #kedai makan pagi terengganu #kedai makan sekitar chendering terengganu #makan pagi di chendering terengganu #makan pagi orang ganu #nasi kerabu dan nasi lemak terengganu #sarapan pagi warung chendering terengganu #warung dillah chendering