Spesis Utama Lebah Kelulut Komersil
Terdapat dua spesis utama yang popular dalam penternakan lebah kelulut iaitu spesis Trogona thoracica dan spesis Trigona itama. Trogona thoracica juga dikenali dengan nama Kelulut Sawa kerana ia mempunyai saiz yang besar berbanding spesis Trigona itama. Manakala spesis Trigona itama pula merupakan spesis lebah kelulut yang paling agresif dalam kumpulannya. Dua spesis ini amat popular kerana ia mampu menghasilkan banyak madu berbanding spesis lebah kelulut yang lain.
Tumbuhan Berbunga Sebagai Sumber Utama
Dalam proses penternakan lebah kelulut, kawasan yang mempunyai sumber makanan yang cukup adalah asas utama kepada penghasilan kuantiti madu serta perkembangan koloni sarang kelulut. Penanaman pokok-pokok yang berbunga sepanjang tahun pasti dapat membantu menambahkan kuantiti madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut.
Kebiasaannya, jumlah madu minima yang dihasilkan bagi spesis Trogona thoracica bagi tempoh satu minggu adalah sekitar 100 gram bagi satu sarang. Keadaan ini bergantung kepada kawasan persekitaran dan lokasi ternakan lebah kelulut.
Antara tumbuhan utama yang perlu ditanam di ladang menternak lebah kelulut ini adalah seperti berikut :
- Pokok Senduduk
- Pokok Belimbing
- Pokok Bunga Air Mata Pengantin
- Pokok Selasih
- Pokok Bunga Biden
- Pokok Markisa
- Pokok Turneria
- Pokok Ulam Raja
- Pokok Bunga Akar Dani
- Pokok Seri Pagi
Selain daripada itu, tanaman pokok buah-buahan seperti pokok kelapa, pisang, betik, rambutan dan ceri juga membantu menambahkan sumber makanan kepada lebah kelulut ini.
Kesimpulan
Lebah kelulut mempunyai sifat semulajadi seperti lebah lain iaitu menggemari bunga. Ia bergantung 100% kepada sari bunga untuk berkembangbiak dan sebagai makanan. Penambahan sumber makanan utama kepada lebah kelulut membantu lebah mendapatkan lebih banyak sari bunga untuk menghasilkan madu. Pertumbuhan koloni lebah kelulut akan bertambah dengan adanya makanan yang cukup.
Kantung Madu & Pollen
- Contoh tumbuhan sesuai ditanam untuk penternakan lebah kelulut di rumah
Tags: #jenis pokok untuk madu kelulut #pokok sekitar sarang kelulut #pokok untuk lebah kelulut #sari bunga untuk lebah kelulut #tanaman penggalak madu kelulut #tanaman tumbuhan untuk kelulut #ternak lebah kelulut #tips meningkatkan kuantiti madu kelulut #tumbuhan kegemaran kelulut