Adab Apabila Tinggal Bersama Mertua. Ini Artikel Perlu Anda Ketahui!

Adab Apabila Tinggal Bersama Mertua. Ini Artikel Perlu Anda Ketahui!

Apabila sudah bernikah dengan pasangan, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibubapa mertua. Bagi sesetengah pasangan, permasalahan hubungan antara menantu dan mertua seringkali menjadi punca timbulnya konflik antara suami dan isteri. Meskipun di zaman ini sudah banyak pasangan yang tidak tinggal serumah dengan mertua, namun hal tersebut bukan bererti bahawa masalah menantu-mertua tidak lagi terjadi.

Hal ini mengingatkan kita bahawa sebagai anggota keluarga, maka mertua dan menantu pasti akan selalu bertemu dan saling berinteraksi, contohnya ketika pulang berhari raya atau ketika si datuk atau nenek berkunjung ke rumah anaknya untuk menjenguk cucu mereka.

Bagaimana jika anda terpaksa tinggal bersama mertua? Apa yang perlu dilakukan terhadap mereka?

Adab Tinggal Serumah Dengan Ibubapa Mertua

  • Pertama
    Jangan terlalu menunjuk sikap malas semasa tinggal di rumah mertua. Bantu mertua dalam segala hal. Tiada siapa yang suka jika mempunyai menantu yang pemalas.
  • Kedua
    Sebagai menantu perlu berpura-pura. Tidak salah untuk berpura-pura rajin untuk memudahkan urusan semua orang.
  • Ketiga
    Harus diingat bahawa keluarga mertua tetap akan menganggap menantu sebagai orang luar walaupun berpuluh tahun sudah bersama keluarga mertua.
  • Keempat
    Menantu mesti menjaga adab seperti bangun di awal pagi. Pukul 8 sudah keluar dari bilik untuk membantu ibu mertua apa yang perlu. Selagi kerja rumah belum selesai jangan masuk bilik.
  • Kelima
    Mestilah hormat menghormati orang yang tinggal serumah. Sebagai seorang menantu adalah lebih baik hanya menjadi sebagai pendengar dan tidak perlu campur tangan dalam urusan keluarga mertua.
  • Keenam
    Isteri perlu hormat suami dan tidak perlu bermanja dengan suami di depan keluarga mertua. Kalau mahu bermanja adalah lebih sopan untuk masuk ke dalam bilik. Jangan pernah meninggikan suara pada suami atau menyindir suami.
  • Ketujuh
    Mestilah menjaga aurat sepanjang tinggal di rumah mertua. Jangan berpakaian seksi dan merasakan tidak perlu menjaga aurat serta boleh berpakaian seksi di rumah mertua.
  • Kelapan
    Jika menantu itu bekerja. Hulurkan duit untuk membeli barang dapur atau bayar bil di rumah mertua.

Perkara paling penting adalah bertolak ansur dan berbincang antara mertua dan menantu jika mengalami masalah. Harus anda ingat bahawa taraf dan penghormatan kita terhadap ibubapa mertua ini adalah sama seperti ibubapa sendiri.

Apabila kita bernikah sahaja dengan pasangan kita, secara tidak langsung kita akan terus mendapat ibubapa mertua. Taraf dan penghormatan kita terhadap ibubapa mertua ini sama seperti ibubapa kita sendiri. Ada tanggungjawab yang kita perlu dilaksanakan kepada mereka.

Hari ini, ramai yang salah anggap mengenai tanggung jawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar dihormati seperti taraf menghormati ibubapa sendiri.

Sebagai menantu perempuan kita kena beralah dan mendahulukan mertua. Dalam hirarki kehidupan seorang suami, seorang suami perlu mendahulukan ibubapanya dari isteri. Suami yang baik akan bertanggungjawab terhadap ibubapanya, ibubapa mertua dan keluarganya sendiri. Sekiranya ada apa-apa perbincangan dan permuafakatan perlu ada agar tiada hati yang akan terluka. Sebagai seorang isteri yang sayangkan suami, mestilah kita mahu dia menjadi seorang hamba yang soleh. Suami perlulah bertanggungjawab terhadap orang tuanya. Salah satu tanggungjawab suami ialah berbakti kepada ibubapanya.

Antara cara berkesan untuk menangani masalah ini supaya hubungan antara menantu dan mertua kekal harmoni adalah seperti berikut ;

Menyemai hubungan baik
Pada dasarnya penyelesaian sesuatu masalah adalah bergantung pada diri kita sendiri. Kitalah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi. Jika hanya menunggu pihak lain untuk bertindak, kemungkinan besar penyelesaiannya akan menjadi lebih rumit.

Maka bagi mereka yang mengalami masalah dengan mertua atau menantu, ada baiknya mereka mempertimbangkan beberapa saranan seperti :

Bertenang dan berfikir
Anda harus menciptakan suasana tenang dalam diri sendiri dengan mendekatkan diri pada Allah SWT dan menghindarkan perasaan buruk sangka terhadap mertua. Alihkan fikiran secara total kepada hal-hal yang positif sahaja. Ingatlah bahawa setiap perselisihan pasti melibatkan lebih dari seorang dan dalam hal ini tidak ada manusia yang dapat lari daripada kesilapan.

Hal ini berkait rapat kerana pasangan yang mempunyai sikap prejudis di dalam diri mereka akan terpengaruh dengan sikap tersebut di mana terdapat pasangan yang dari awal-awal perkahwinan lagi menunjukkan sikap yang negatif terhadap mertua.

Menantu mestilah mulailah belajar untuk memahami beberapa perkara seperti berikut ;

Budaya kekeluargaan dalam keluarga baru
Setiap keluarga mempunyai budayanya sendiri begitu juga antara menantu dan mertua tentunya memiliki buaya keluarga yang berbeza. Sebagai anggota keluarga baru, anda harus menerima perubahan ini dengan hati terbuka.

Menyamakan pasangan dengan ibubapa sendiri
Seringkali tanpa sedar seseorang akan mencari pasangan dan mertua seperti ibubapanya sendiri. Mereka mengharapkan pasangannya dan mertuanya memperlakukan mereka seperti perlakuan ibubapa sendiri. Harapan tersebut pada dasarnya tidaklah wajar kerana ia mendatangkan masalah besar pada institusi rumah tangga.

Sebaliknya menantulah yang harus mengalah dan melayani mertua mereka seperti ibubapa sendiri selaku orang yang lebih tua dari kita kerana kedudukan mereka sebenarnya adalah sama dengan taraf ibubapa sendiri. Menderhaka kepada mereka samalah seperti menderhakai pada orang tua kita.

Menantu juga hendaklah menunjukkan siakap bertolak ansur dengan mertua. Mertua seperti individu lain yang tentunya memiliki sifat kekurangan dan kelebihan tersendiri. Segala sifat mertua ini hendaklah diterima oleh menantu dengan berlapang dada.

logo-150x150 Adab Apabila Tinggal Bersama Mertua. Ini Artikel Perlu Anda Ketahui!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Adab Apabila Tinggal Bersama Mertua. Ini Artikel Perlu Anda Ketahui!

Loading...

Tags: #adab berkeluarga #adab dengan orang tua #bapa mertua #berkahwin #Budaya kekeluargaan dalam keluarga baru #hubungan keluarga #ibu mertua #keluarga isteri #keluarga mertua #keluarga suami #petua rumah tangga #rumahtangga bahagia #selepas kahwin #tinggal bersama mertua #tinggal dengan orang tua

Masalah dan Punca Wanita Sukar Hamil
Ketidakupayaan untuk hamil atau sukar hamil disebut sebagai masalah kesuburan atau ketidaksuburan. Kemandulan
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
Punca Badan Gemuk, Obesiti dan Berat Berlebihan
Berat badan berlebihan atau obesiti boleh disebabkan oleh beberapa faktor kompleks, termasuk gabungan
Apabila Usia Tua : Apa Kegiatan Sesuai Untuk Anda?
Kita pasti akan menghadapi usia tua jika diberikan umur yang panjang. Berikut merupakan

Leave a reply "Adab Apabila Tinggal Bersama Mertua. Ini Artikel Perlu Anda Ketahui!"